Loading...
TR

(Video) 'Mereka curi harta paling saya sayang' - Lelaki cuba pertahankan motosikalnya ditetak bertubi-tubi


Seorang lelaki dilibas beberapa kali dengan parang oleh penjenayah yang melarikan motosikalnya dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian awal pagi semalam di stesen minyak Jalan Sulaiman Muar, Johor, mangsa, Ahmad Ainul Muqaffa, 20, yang bertugas sebagai juruwang bersama seorang pengawal keselamatan, didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal. 

"Ketika berada di kaunter, saya melihat dua lelaki itu melulu ke arah pengawal keselamatan yang duduk di luar dan bertindak mengacu parang. 

"Bagaimanapun, pakcik berusia 50-an itu tidak melawan dan dia tidak diapa-apakan. Mereka memberi amaran agar tidak bertindak yang bukan-bukan. 

"Saya sempat menekan butang kecemasan apabila seorang penjenayah melulu masuk ke pintu kedai dan menerpa saya yang bertugas di kaunter," katanya. 


Mangsa yang tidak bertfikir panjang cuba melawan penjenayah dengan membaling apa saja objek yang dapat dicapai tangannya, namun dia dilibat dan ditetak dengan parang. 

"Salah seorang penjenayah cuba menghidupkan motosikal Yamaha 125 ZR milik saya menggunakan 'master key'. Saya cuba menghalangnya tetapi diserang dengan parang berkali-kali. 


"Saya ditetak sehingga menyebabkan saya cedera dan menerima lima jahitan di bahu dan tiga jahitan di tangan kiri," katanya yang sudah bekerja di stesen minyak itu hampir dua tahun. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharuddin Rassip mengesahkan kumpulan suspek sama melakukan samun di sebuah hotel di Jalan Pintasan, Muar, selepas kejadian itu. Namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.