Loading...
SIL

Isu Baitulmaqdis. Ini KATA Dr Yusuf Qardawi Yang Buat Hati Umat Islam BERGETAR

Isu Baitulmaqdis. Ini KATA Dr Yusuf Qardawi Yang Buat Hati Umat Islam BERGETAR | Saya Luv Islam – Banyak negara-negara bukan Islam telah pun berani buat bantahan terbuka. Dan akhirnya Dr Yusuf Qardawi pun tampil beri kenyataan yang mengentarkan hati umat Islam. Jom baca dan kongsikan..

SERUAN DR YUSUF QARDAWI

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Dr Yusuf al-Qardawi menyeru umat Islam seluruh dunia bangkit menyatakan bantahan terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Beliau yang juga tokoh ulama Islam Mesir berkata, kita perlu menyatakan solidariti dan menentang pengiktirafan yang dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Kita perlu perlu bangkit. Kita perlu berani untuk katakan tidak terhadap isu ini.

“Apa guna Palestin tanpa adanya bumi Baitulmaqdis? Di manakah umat Islam saat kita dihina seperti ini?

“Di manakah dunia Islam saat tanah kita dirampas? Di manakah umat Islam yang bertebaran dari timur ke barat?,” katanya menerusi akaun Twitter beliau.

AMERIKA TERUS BONGKAK

Trump semalam mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang baharu.

Dalam masa sama, Trump juga mengumumkan AS sedang membuat persiapan bagi memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Meskipun mendapat kecaman daripada pemimpin dan umat Islam seluruh dunia, namun Amerika tetap dengan pendiriaan yang tidak berubah.

Ketika mana Baitulmaqdis diiktiraf sebagai ibu kota Israel, AS kini menjadi negara pertama berbuat demikian pasca perang pada 1948.

Sumber: Saya Luv Islam via Isma Web

The post Isu Baitulmaqdis. Ini KATA Dr Yusuf Qardawi Yang Buat Hati Umat Islam BERGETAR appeared first on SAYALUVISLAM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.