Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude, mengaku wanita yang membuat pendedahan itu adalah isteri pertamanya iaitu Intan Liana.
"Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu," katanya.
Difahamkan, Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri, 3, dan seorang lagi berusia 11 bulan. Namun Ude enggan berkongsi lanjut mengenai pernikahannya dengan Izreen.
"Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannya nanti," katanya yang turut menafikan rumahtangganya dengan Intan berdepan dengan masalah selepas berkahwin dengan Izreen.
"Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul. Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.
"Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya," katanya yang turut memohon kepada semua pihak terutama media agar tidak mengganggu privasi keluarganya.
"Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami," katanya.
BERITA BERKAITAN: