Loading...
TR

Bukan nak sorok, tapi atas permintaan suami


"Saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya," kata pelakon Izreen Azminda. 

Izreen menerusi akaun Instagramnya menjelaskan bahawa dia tidak berniat menyorokkan perkahwinannya itu tetapi ia di atas permintaan suaminya. 

"Saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya berkongsi berita ini. Memandangkan status saya sebagai isteri juga, saya terpaksa akur dengan permintaan suami untuk tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua buat saya.

"Majlis diadakan bersederhana sahaja mengikut hukum syarak, hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja," katanya. 

Izreen juga berharap, penjelasannya itu dapat menjawab segala persoalan dan meminta orang ramai tidak menjatuhkan hukum pada mereka. 




Sementara itu, rakan baiknya, Rita Rudaini, menegaskan Izreen bukan merampas suami orang, tetapi berkongsi suami. Malah meminta orang ramai tidak mengkritik tindakan rakannya itu kerana itu adalah jodoh yang sudah tersurat. 

Rita yang turut menerima tempias dari kontroversi itu, juga diserang peminat yang tidak berpuas hati di akaun Instagramnya. 

"Tolong jangan menyerang saya di laman sosial kerana perkahwinan dia. Saya tidak masuk campur keputusan Izreen memilih untuk berkahwin dengan suami orang. 

"Saya ada beri nasihat, jangan rampas hak orang lain. Tetapi keadaan sekarang Izreen bermadu, tidak merampas suami orang. 

"Jika dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri yang baik, kita sendiri tidak perlulah mengutuk atau menghamun beliau kerana itu adalah jodoh yang telah tersurat buat dirinya," katanya. 

Terdahulu, Izreen dilaporkan sudah bernikah dengan pemuzik bebas, Ude atau nama sebenar, Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos lalu. Isteri pertama Ude, Intan, hanya mengetahui perkhabaran itu dua minggu yang lalu. 


BERITA BERKAITAN:

About Cite Malaya

Powered by Blogger.