Gadis ini mendakwa mata kanannya hampir buta disebabkan kanta lekap yang dipakainya. Menurut Cik Siti Musliha, dia mempunyai masalah penglihatan (rabun) dan tidak menafikan yang dia memilih untuk menggunakan kanta lekap juga bagi tujuan kelihatan cantik.
Sehinggalah 3 April lalu, Cik Siti tidak dapat membuka mata kanannya selepas bangun dari tidur. Panik dan bimbang dengan matanya itu, Cik Siti kemudian pergi mendapatkan rawatan di klinik mata sebelum dirujuk ke klinik pakar mata.
3 April 2017 yang lalu memang pengalaman hitam aku bila mata sebelah buta sekejap disebabkan contact lens. Aku nak kongsi pengalaman ini untuk korang yang pakai contact lens, kemudian kongsi sekali cara yang betul menjaga contact lens seperti yang disarankan oleh doktor mata.
Sebelum aku kongsi tentang cara pakai dan jaga contact lens, aku nak cerita macam mana aku boleh buta sebelah mata seketika.
Aku memang sejenis pakai contact lens bila keluar jalan-jalan, sebab rabun itu masalah utama. Selebihnya normal as perempuan nak nampak cantik.
Nak dijadikan cerita, semasa buka contact lens, mata aku kering tak ada air di mata. Kemudian aku cabut contact lens dengan agak kasar tetapi masih tidak menyakitkan mata.
Keesokan pagi bila bangun, mata sebelah langsung tak boleh buka. Pedih dan sakit yang teramat-amat sakit sampai menangis. Menangis pun rasa pedih dan perit gila.
Terus pergi ke klinik mata berdekatan. Buat scan mata guna lampu biru dan mata penuh dengan calar-balar disebabkan contact lens. Calar paling teruk dan besar lukanya betul-betul kena dekat anak mata hitam dan untuk punca mata pedih dan tak boleh buka.
Pekerja itu terpaksa pakaikan bandage contact lens bagi mata kurang rasa sakit buat sementara, sebab aku disarankan pergi ke klinik pakar mata untuk rawatan seterusnya dalam masa 24 jam, bimbang jangkitan kuman dan boleh menyebabkan mata buta. Masa itu, Allah saja yang tahu betapa takut, sedih dan menyesal semua ada.
Selepas itu, rujuk doktor pakar mata. Seperti biasa, dia scan mata dan kemudian beri segala ubat-ubat mata yang aku kena gunakan secara konsisten tanpa skip. Aku dapat empat jenis ubat iaitu gentamincin eye oil treatment, sterile eye pad, eye drop nicol dan akhir sekali antibiotic amoxicillin.
Setiap 15 minit aku kena drop gentamincin eye oil treatment di mata. Memang oily gila rasa mata macam kena bubuh minyak. Bayangkan betapa seksanya 15 minit sehari kena bubuh minyak itu di mata. Begitu juga dengan eye drop nicol. Terpaksa kunci jam setiap 15 minit untuk 24 jam sehari.
Doktor pesan kalau nak cepat baik, kena struggle. Masa itu Allah saja yang tahu betapa aku tak tidur siang malam demi nak pulihkan kembali mata ini. Empat hari aku tak tidur dengan betul.
Hari kelima, Alhamdulillah mata dah perlahan-lahan boleh dibuka dan nampak sekeliling. No more sterile eye pad, dah macam lanun.
Itulah kisah sedih aku tentang contact lens. So ini cara pemakaian dan penjagaan contact lens aku nak kongsi dari doktor mata itu sendiri.
Sebelum pakai kanta lekap, pastikan tangan dicuci dengan betul. Seelok-eloknya guna air sabun, bilas dan cuci. Jika masih terasa pedih, cuci lagi kanta lekap.
Selepas letak kanta lekap dalam mata, titiskan air Renu yang khas untuk mata yang memakai kanta lekap. Biasnaya kita dengar yang penggunaan maksimum kanta lekap selama 8 jam. Jadi ikuti peraturan ini. Biasakan selepas balik dari mana-mana, terus tanggalkan, cuci dan rendam kanta lekap.
Air Renu atau apa sahaja air rendaman untuk kanta lekap wajib ada. Jangan sesekali guna air paip ya. Awas!
Kanta lekap hendaklah sentiasa dicuci. Bilas kanta lekap sekurang-kurangnya tiga kali. Bila sudah tanggalkan kanta lekap, jangan biarkan mata begitu sahaja. Titiskan dengan Eye Glo supaya mata tidak menjadi merah dan kering. Air Renu dan Eye Glo boleh dibeli di Watson.
Mana-mana yang malas nak cuci contact lens, guna 'washer lens'. Senang saja, cuma letak air saline untuk cuci contact lens. Letak lens kiri dan kanan, kemudian putar seperti mesin basuh. Alat ini banyak dijual di Instagram.
Air saline untuk cuci contact lens sahaja. Seelokmnya sehari 2-3 kali. Selepas cuci contact lens, rendam dengan air Renu multipurpose solution.
Renu multipurpose solution, setakat ini yang paling best solution untuk rendam contact lens. Memang berfungsi untuk bersih dan basmi kuman. Renu ini juga membantu conctact lens sentiasa beasah dan selesa dipakai. Jangan sesekali guna solution ini bila dah tamat tempoh.
Ini normal saline, solution paling murah. Air saline ini hanya untuk cuci contact lens dan jangan sesekali guna as rendaman contact lens. Ianya saline garam yang bukan berfungsi untuk basmi kuman. Sekadar mencuci contact lens. Bekas contact lens pun jangan dicuci menggunakan air paip. Cuci gunakan air saline juga setiap tiga bulan.
Selamat menjaga contact lens anda dan paling penting, jagalah mata anugera Allah bagi.
Sumber: Cik Siti Musliha
Kepada pengguna contact lens di luar sana, gunakanlah contact lens mengikut tatacara yang diajar oleh pihak yang bertauliah. Jangan sesekali memakai contact lens sekiranya anda hanya sekadar ingin kelihatan cantik. Hargailah mata pemberian Tuhan. Semoga pengalaman Cik Siti Musliha menjadi pengajaran kepada yang lain.