Jika ada pekerjaan yang menetapkan syarat 'tahan maki', inilah pekerjaannya, jurutol. Bukan sahaja dimaki, malah ada kes jurutol diludah dan dicampak wang bayaran ke muka mereka hanya kerana pengguna lebuhraya mahu melepaskan geram. Lebih teruk lagi, ada yang menyerang dan menampar jurutol sebelum merakam video/gambar, kemudian viral di media sosial.
Apakah yang anda fikirkan? Mereka tidak punyai maruah? Harga diri? Sehingga anda tergamak memperlakukan mereka seperti itu? Pernah terfikir jika anda terdesak tiada pekerjaan dan terpaksa bekerja sebagai jurutol yang kemudian melalui perkara-perkara seperti ini? Sudah tentu tidak!
ANTARA mereka yang paling teruk dimaki oleh rakyat Malaysia bukanlah pemain bola sepak atau penjaga gawang gol, tetapi jurutol. Sepanjang peluang saya mengadakan kursus dan latihan bersama dua konsesi lebuhraya utama negara, Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan Senai Desaru Ekspressway (SDE), saya sangat terkejut dengan pengalaman yang dikongsikan kebanyakkan jurutol yang dimaki oleh pengguna lebuhraya "on a daily basis".
- Smart tag letak terbalik, jurutol kena maki
- Smart tag tak ada bateri, jurutol salah. Tak pasal-pasal kena maki
- Smart tag tak ada duit, jurutol tolong top up'kan untuk mengelakkan kesesakkan pun kena maki juga
Apa maki hamun ini sudah menjadik darah daging kita ke?
Mereka bukan sekadar dimaki, jurutol ini juga diludah tanpa sebab, duit bayaran tol dibaling dan dicampakkan ke muka mereka untuk melepaskan geram.
Jurutol ini insan seperti kita yang ada harga diri dan maruah. Mereka juga ada perasaan geram dan marah. Bagi pengguna lebuhraya yang tersangkut dalam kesesakan atau memang sekadar ingin melepaskan amarah dan kebencian, jurutol ini bukannya dinding atau patung pelepas dendam.
Jika boleh, mereka juga ingin membalas semula tindakan pengguna pengguna lebuhraya demi mempertahankan harga diri mereka. Namun mereka terikat dengan sumpah mereka bertugas untuk melakukan tiga perkara ini di tempat kerja iaitu:
- Salam
- Senyum
- Sabar
Soalnya, kenapa mudah sangat kita menghina orang?
Yang paling kelakar ialah bila kita dihina dan dimaki balik, kita marah dan melenting. Kita keluarkan hujan yang kita tidak sepatutnya dimaki. Mana boleh? Tanpa kita sedari yang semua orang kita maki itu boleh pula? Tentunya salam, senyum dan sabar itu terdapat banya kdalil tentang kebaikan bagi mereka yang mengamalkannya. Pada masa yang sama harus diingatkan mereka juga ingin meluah apa yang mereka rasakan.
Di saat anda sedang memandu, tiba-tiba kereta di sebelah memasuki laluan anda. Berapa ramai dari kita yang terus beristighfar? Atau berapa ramai yang memaki dulu dan selepas itu baru nak mengucap semula?
Menghormati orang lain bunyinya mudah tetapi itulah yang sedang hilang dari budaya hidup kita. Menyebarkan salam dengan kata-kata yang indah adalah sesuatu yang agak berat dan kita rasa segan untuk memulakan. Senyum itu mudah tetapi kita prejudis, semua orang jahat, yang baik hanya kita seorang. Jadi senyum itu menjadi eksklusif untuk orang-orang tertentu sahaja.
Media sosial ini sememangnya alat moden untuk menyebarkan fitnah. Kalau kita benci pada orang lain, betulkan diri kita dulu. Kalau orang marah pada kita, diam saja. Sebarkan kata-kata membina. Kalau tak tahu nak cakap apa-apa, lebih baik berdiam. Usah terlibat dalam pertikaian yang bukan urusan kita.
Jadilah orang yang hebat seperti jurutol. Walau diludah sekali pun mereka tetap bersabar. Dan Allah bersama mereka yang bersabar dan teraniaya. Doa mereka power sebab doa mereka boleh jika mereka mahu, menjadikan anda sebagaian dari pusara di lebuh raya. Namun mereka hanya tersenyum melihat anda berlalu.
Sumber: Syamsul Rijal Jamil