Loading...
sk

Ibu Memarahinya, “Ada Isteri Buat Apa?”, Jawapan Anaknya Membuat Seisi Rumah TERDIAM !!!

Ibu Memarahinya, “Ada Isteri Buat Apa?”, Jawapan Anaknya Membuat Seisi Rumah TERDIAM !!! | SIAKAP KELL – Dalam pernikahan, selalu kita mendengar luahan oleh wanita. Ada seorang wanita ini yang berkongsikan kisah keluarganya. Setelah membaca ini, anda pasti akan tersentuh! Cerita yang hebat, harus dibaca!

1. Keharmonian Keluarga, Peranan Suami Sangatlah Penting:

Mama membesar sebagai seorang perempuan yang biasa dengan kehidupan di bandar, tubuhnya sangat kurus dan ramping.

Suatu hari, saudara papa mengatakan bahawa tubuh mamaku tidak bagus, kemungkinan nanti sukar untuk melahirkan anak!

Dia membisikkan perkara ini ditelinga nenek. Papa pun terus memarahi saudaranya dan berkata, “Aku menyukai dia walau apa kekurangannya, seseorang yang masih bergelar pelajar memiliki tubuh yang seperti ini memang wajar. Jika kaki dan tangannya kasar, mungkin hidupnya bekerja di sawah.”

Ada suatu hari, papa mengucapkan sesuatu semasa di hadapan khalayak ramai. Dia berkata, “Perkara yang paling membanggakan dalam hidup saya adalah boleh menikahi perempuan secantik isteriku ini.

Waktu itu, dialah yang mengajar aku erti kehidupan, ramai jejaka cuba memikat yang semuanya lebih hebat dari aku, namun dia tetap memilih aku.

Aku tidak akan membiarkan dia berduka dan memastikan dia bahagia, siapa yang berani melukai hatinya, jangan pernah berbicara depan aku lagi, aku tidak kenal orang sebegitu!”

Semua orang tertegun dengan ucapan itu. Semenjak saat itu, pertengkaran diantara keluarga semakin jarang terjadi. Semua orang sudah menghormati mamaku.

Papa juga anak yang bertanggungjawab, dia selalu menyediakan nenek makanan yang sihat, minuman yang enak dan menjaganya dengan baik, namun tidak mempercayai membuta tuli apa yang diperkatakan tentang keburukan isterinya oleh ahli keluarga yang tidak menyukainya.

Kerana itu, peranan suami sangatlah penting, jika benar-benar mahu menyelesaikan masalah, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

2. Jadikan Isteri Sebagai Orang Penting, Semua Orang Akan Menghormatinya:

Dikampung kami, perempuan sangat didiskriminasi, jika ada jamuan rasmi, perempuan tidak boleh duduk bersama dalam meja besar, hanya boleh makan di dapur.

Saat papa membawa mama dalam sebuah kunjungan keluarga, papa memberikan tempat duduk untuk mama! Aku tidak pernah melihat ada yang memandang rendah mama, semua orang terpesona dengan perlakuan papa!

3. Wibawa itu diperoleh sendiri, bukan perempuan yang memberi:

Ada lelaki yang mengatakan pada isterinya, “saat bersama dengan keluarga dan teman-teman aku, kamu harus mengiyakan apa ucapanku, pandang muka aku!”

Papa cukup memandang rendah pada orang semacam ini, wibawa itu seharusnya kamu yang peroleh sendiri! Menyuruh-nyuruh isteri untuk berlakon seperti itu tidak wajar disebut berwibawa!

Papa adalah seorang tentera, sangat cintakan negara, di luar dia sangat disegani, di rumah mama selalu mendengar cakap papa.

Papa mengatakan, “tidak memberi muka pada isteri aku sama saja tidak memberi muka pada diri sendiri.” Sehingga selama bertahun-tahun, mama tidak pernah diremeh-remahkan oleh orang lain.

4. Menikahi seorang isteri, untuk apa?

hanya ada satu jawapan!

Kakak aku sering mengeluh masakan mama tidak enak, namun jika kita tidak menghormati mama, papa pasti akan terus memarahi kami!

Dia berkata, “Mama mu bukan pembantu, alangkah eloknya kamu makanan saja, itupun sudah bersyukur, yang cakap tidak enak, pergi sana masak sendiri!”

Papa tidak pandai memasak, seumur hidupnya tidak pernah menyentuh dapur, dia tidak pernah mengeluh tentang masakan mama.

Dalam keluarga kami dari awal sudah ada pembantu rumah, kerana papa tidak boleh memasak, dan tidak rela membiarkan mama terlalu penat, papa mengatakan, “menikahi seorang isteri untuk apa? bukankah untuk dicintai!”

Dalam rumah tangga, seorang suami hanya perlu sedikit saja menjaga isterinya, maka akan tercipta suasana yang nyaman, adanya suasana yang nyaman, maka akan ada pernikahan yang indah!

Sumber : coco

The post Ibu Memarahinya, “Ada Isteri Buat Apa?”, Jawapan Anaknya Membuat Seisi Rumah TERDIAM !!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.