Puas Minum Banyak Air, Tapi Haus Makin Menjadi-Jadi? Ini Punca Yang Ramai Tak Ambil Berat !!! | KITA VIRAL – Pernah tak terjadi situasi dimana, anda rasa terlalu haus walaupun dah minum banyak air? Dah minum lebih dari 3 liter air pun tetap rasa haus. Sebab apa?
Menurut kajian, keseimbangan garam dalam badan yang menyebabkan anda rasa haus. Ketahui 5 sebab lain yang menyebabkan anda rasa terlalu haus.
1. Diabetes
Diabetes boleh jadi punca dehidrasi. Ketika kadar gula terlalu tinggi, buah pinggang akan menghasilkan lebih banyak air kencing untuk menghilangkan lebihan glukos. Sering buang air kecil akan menyebabkan rasa haus. Jaga-jaga!
2. Haid
Apabila tubuh mengeluarkan darah kotor, kamu mungkin akan merasa haus sampai tahap boleh habiskan sebotol air besar. Tapi jangan bimbang, kerana ianya adalah normal.
3. Mulut Kering
Mulut kering dikenali sebagai xerostomia iaitu penghasilan air liur yang kurang daripada biasa. Selain rasa haus yang amat sangat, ia boleh menyebabkan gangguan lain seperti bau mulut dan rasa tidak selesa ketika mengunyah.
4. Anemia
Pendarahan kerana haid atau luka menyebabkan tubuh memerlukan banyak cecair dan buatkan anda rasa haus. Kekurangan tiroid adalah penyebabnya. Kira-kira 70% orang yang terdiri daripada wanita mengalami kekurangan tiroid yang menyebabkan rasa haus.
5. Tekanan Darah Rendah
Stres kronik menyebabkan seseorang mengalami tekanan darah rendah. Ia akan buatkan seseorang itu rasa pening, cemas, tekanan dan rasa haus yang amat sangat. Minum air dengan banyak jika terjadinya situasi seperti ini.
The post Puas Minum Banyak Air, Tapi Haus Makin Menjadi-Jadi? Ini Punca Yang Ramai Tak Ambil Berat !!! appeared first on KITA VIRAL.