Loading...
TR

'Jangan bagi alasan 5 minit, salah tetap salah'


KUALA LUMPUR - Viral video seorang lelaki yang tidak puas hati dengan tayar keretanya dikunci penguatkuasa yang telah mengunci tayar keretanya yang diletakkan di zon larangan. 

Dalam kejadian yang berlaku di Leisure Mall Cheras itu, lelaki terbabit berang tayar keretanya, Perodua Myvi dikunci sedangkan dia hanya meletakkan keretanya di tepi jalan itu lima minit sahaja. 

Lelaki itu kemudian melemparkan kata-kata kesat terhadap anggota penguatkuasa yang bertugas dan cuba memprovokasi anggota terbabit untuk menyerangnya.

Malah dalam video berdurasi empat minit itu juga menunjukkan lelaki itu turut mencabar anggota berkenaan membuka pakaian seragamnya untuk bertumbuk di lokasi kejadian. 


"Lima minit pun tak boleh bertolak ansur," kata lelaki berkenaan yang mula tenang.

Dua orang wanita yang dipercayai anak dan isterinya cuba menenangkan lelaki itu dan memintanya tidak bertindak sebarangan yang boleh memudaratkan kedua-dua pihak. 

Bagaimanapun keadaan kembali kecoh selepas seorang lelaki yang memakai baju berwarna kelabu mula masuk campur dan menimbulkan kemarahan lelaki itu yang kemudian mengambil sebatang kayu di dalam keretanya untuk mengertak anggota penguatkuasa yang dimarahinya itu. 


Dalam video itu juga kedengaran suara yang meminta lelaki itu memukul anggota terbabit, namun dia tidak berbuat demikian. 

Beberapa orang awam cuba menenangkan kedua-dua pihak dan meleraikan mereka dari terus menimbulkan kekecohan sebelum lelaki itu akhirnya mengalah dan masuk ke dalam kereta meninggalkan tempat itu selepas kunci tayarnya dibuka.



Sementara itu di media sosial, ada ramai netizen yang tidak menyalah pemandu Myvi itu bertindak biadab dan kurang ajar. Tidak kurang juga netizen menyelar tindakan segelintir orang awam yang masuk campur dalam kejadian itu yang mengeruhkan lagi keadaan. 

Bagaimanapun, netizen dinasihatkan tidak memuat naik komen-komen yang berunsurkan perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum. Tambahan, masalah yang timbul adalah sikap individu berkenaan sahaja dan bukannya mewakili semua kaum berkenaan. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.