Loading...
KV

Viral Rakaman Dedah Makhluk Putih Menjenguk Ditingkap Buat Ramai SERAM !!!

Viral Rakaman Dedah Makhluk Putih Menjenguk Ditingkap Buat Ramai SERAM !!! | TEMERLOH, PAHANG – Viral video dan gambar yang menunjukkan kelibat satu makhluk berwarna putih dipercayai pocong, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Video dan gambar yang dimuat naik oleh Ahmad Zaki itu sejak jam 1.20 pagi tadi, telah ditonton 836,304 kali dan dikongsi 11,115 netizen.

Menurut Ahmad, itu bukan kali pertama mahkluk terbabit muncul di luar tingkap ruang tamu rumahnya dan difahamkan seringkali muncul pada waktu dan jam yang sama.

“Asal jam 1.30 pagi, mesti ada depan rumah. Dah lama aku perhatikan saja makhluk ini. Kali ini dapat rakam.

“Dah lama benda ini datang, saje buat senyap saja. Tempat dia lalu ke?” soalnya.

Posted by Ahmad Zaki on Monday, August 21, 2017

Berdasarkan video berdurasi 38 saat itu, kelibat makhluk itu jelas kelihatan namun dalam keadaan statik.

Bagaimanapun, netizen meragui kesahihan video itu dan menyangka mungkin ada individu yang sengaja mempermainkan Ahmad Zaki.

“Tangkap je bro, jual kat National Geography,” kata Bemiey Raya.

Tidak kurang juga yang menganggap mungkin Ahmad sedang diuji ataupun disantau orang sehingga makhluk itu datang menganggu setiap malam.

Kredit : Ahmad Zaki Via TheReporter

The post Viral Rakaman Dedah Makhluk Putih Menjenguk Ditingkap Buat Ramai SERAM !!! appeared first on KITA VIRAL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.