Loading...
TR

'Sanggup berhabiskan duit raikan birthday officemate wanita, tapi untuk anak isteri sendiri tak pernah pun'


Isteri mana tak marah, harijadi wanita lain, suami support beli kek, beli makanan untuk diraikan. Sedangkan isteri sendiri jarang atau langsung tak pernah suami buat begitu. Itulah yang berlaku pada dua wanita bergelar isteri yang berang dengan tindakan seorang kerani wanita yang didakwanya cuba 'mengikis' suami mereka. 

Menurut confessor, disebabkan kerani itu juga mereka bergaduh dengan pasangan masing-masing. Namun kerani yang juga sudah berumah tangga itu langsung tidak kisah dan suaminya juga tidak menegur perbuatan isterinya. 

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan dua wanita ini terlalu cemburu. Benarkah? 

KISAH INI terjadi hari ini (20 Ogos 2017). Saya dengan suami bergaduh besar. Kawan baik suami pun bergaduh besar dengan isterinya hanya disebabkan seorang kerani wanita di tempat kerja mereka. 


Hari ini adalah harijadi kerani itu dan dia pun memuat naik status di Facebook dengan ucapan terima kasih kerana support birthday dia dan dia tag nama suami dan kawan baik suami yang turut support birthday dia seperti kek Secret Recipe, kek 3 slid tambahan, Pizza, KFC bagai. 


Kami, isteri kepada lelaki-lelaki yang ditag pada status itu pun marahlah pada suami masing-masing, kenapa habiskan duit pada kerani itu? Sedangkan birthday isteri sendiri pun tak pernah sambut seperti itu. 

Untuk pengetahuan, bulan puasa yang lalu pun, kerani itu ada meminta untuk dibelikan makanan untuk dia. Itu yang saya tahu, yang saya tak tahu? Entah banyak mana suami habiskan duit untuk kerani itu. 

Ya, memang kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Tetapi saya nak golongan suami tahu bahawa, setiap rezeki yang suami dapat, terselit rezeki anak isteri. Tak perlu dihabiskan untuk kerani itu. Makan pakai anak isteri pun terkadang tak terbeli, ini kan pula nak menyara kerani itu?

Saya dan isteri kepada kawan baik suami pergi ke tempat kerja suami untuk bersemuka dengan kerani itu. Nak tahu apa reaksi wajah kerani itu? 


Dia hanya senyum, tergelak-gelak. Langsung tiada kata maaf, tiada rasa bersalah, seperti bangga kerana suami kami berdua belikan dia makanan. 

Kerani itu sudah berkahwin dan ada anak seorang. Masa kami berada di sana, suami kerani itu juga turut berada di sana. Tetapi dia tidak marah pada isteri dia dan dia pun bangga, disebabkan isteri dia, dua pasangan suami isteri bergaduh besar.

Nak cari rezeki tak salah, yang salah merenyam dengan suami orang, apa hal? Kes ini berlaku di Melaka. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.