Loading...
TR

'Suami sanggup tak gunakan duit jual Vespa sebab nak bantu perniagaan saya'


Kadang-kadang suami membuat pengorbanan untuk keluarganya tanpa pengetahuan isteri. Ada suami yang sanggup menjual barang-barang kesayangannya demi membantu isteri. 

Seperti lelaki bernama Amir ini, biarpun perniagaannya merosot, beliau sanggup menjual Vespa kesayangannya dan langsung tidak menggunakan hasil jualan itu. Sebaliknya diberikan kepada isterinya yang perniagaannya juga sedang mengalami masalah. 

Nampak? Sudah dua pengorbanan yang dilakukan oleh suami di situ semata-mata mahu tidak mahu melihat isterinya berada dalam kesusahan. 

BARU-BARU ini ada viral tentang si isteri sanggup belikan motosikal Yamaha RXZ untuk suaminya, sebab sebelum kahwin dulu si suami sanggup jual motosikal kesayangannya itu bagi menanggung kos perbelanjaan perkahwinan mereka. 


Tetapi cerita saya lain sikit. Ya, sikit saja. Hihihi! Mungkin coretan ini agak panjang sikit. Ceritanya begini, secara jujurnya saya mengenali suami kerana kami mempunyai minat dan hobi yang sama iaitu minat pada motosikal klasik, Vespa. 

Ya, Vespa. Kalau orang tanya saya, kenapa Vespa? Kenapa bukan motosikal lain? Jawapan saya mudah saja, sebab bunyi Vespa membuatkan saya jatuh cinta. Lain orang, lainlah minatnya, betul tak? Jadi saya memang minat sangat pada Vespa. 

Saya mula berkawan dengan budak-budak Vespa sejak saya berada di sekolah menengah. Bukan nak riak tetapi saya pernah tunggang PX150 walaupun bukan 200, kan? Nak beli tak mampu. 


Dijadikan cerita, saya pun dijodohkan dengan suami yang memang sehati sejiwa dan kebetulan dia ada Vespa Super 150 yang saya namakan sebagai 'Cik Puteh'. Masa itu suami ada tiga buah motosikal iaitu Modenas Kriss, Skuter Vs 150 dan Vespa Super. 

Kereta? Yilekk! (tak ada). Habis tu macam mana dating? Guna kereta abang kepada suamilah. Hahaha!

Hari berganti hari, bulan berganti ublan dan tahun berganti tahun, kami ambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 21 Disember 2014. Masa itu kami janji untuk bertunang selama setahun saja. Genap setahun, kami diijabkabulkan pada 7 Februari 2016 dengan sekali lafaz. Lega rasanya sebab dia kata susah nak sebut nama saya. 

24 Julai 2017, usia perkahwinan kami sudah mencecah setahun lima bulan. Bohonglah kalau tak ada masalah yang timbul selepas kahwin. 

Alhamdulillah enam bulan pertama memang bahagia. Masuk enam bulan kedua, Allah dah mula buat kerja Dia. Dia menguji saya dengan Amir sedikit demi sedikit. Tapi Amir cuba untuk menepis. Tapi esoknya masalah yang lain pula datang, ditepis lagi dan begitulah pada hari-hari seterusnya. 

Sehinggalah satu hari, perniagaan Amir tidak begitu menjadi, Amir jatuh, bukan terduduk tetapi tersungkur. Alhamdulillah pada waktu itu saya ada buat perniagaan jual barangan kosmetik untuk cover sales harian Amir dan Alhamdulillah ada, walaupun tak banyak. 

Semakin hari pelanggan Amir semakin berkurangan. Jika ada pun, setakat RM50 sahaja. Tolak gaji pekerja, tinggal baki berapa saja? Kesudahannya, hari-hari makan modal dan untung pun tak ada. Kasihan Amir. 

Dari situ saya kena berusaha lebih untuk cover balik sales-sales Amir. Orang tengok kami hari-hari senyum, happy sana sini tetapi tiada sesiapa yang tahu betapa sengsaranya kami, lebih-lebih lagi Amir. 

Bulan Mac atau April yang lalu, ada orang bertanya pada Amir sama ada dia mahu menjual Vespa miliknya itu. Saya memang menentang habis-habisan dan memang tidak setuju. Gila nak jual? Benda rare tu, dahlah geran complete!

Tetapi jauh di sudut hati Amir, saya tahu dia memang perlukan duit untuk menanggung saya dan hari-hari yang mendatang. Saya sedih sangat pada masa itu, memang sedih. Isteri mana yang sanggup tengok suaminya sendiri berada di dalam kesusahan? 

"Kalau itu yang terbaik, juallah. Ada rezeki, kita cari lain ya?" saya kata pada suami yang hanya membisu. 

Akhirnya 'Cik Puteh' selamat menjadi milik orang lain tetapi nasib baik yang beli itu pun kawan-kawan kami juga. Lega rasa hati ini. 

Bulan ramadan yang lalu, awal puasa sales saya memang sangat perlahan. Bukan nak tipu, tak tahulah awal-awal puasa selalunya aura itu belum datang. Barang di kedai habis, nak restock, modal pula tak banyak. Saya ceritakan pada Amir tentang apa yang berlaku. Teka Amir kata apa?

"Dalam akaun bank ada baki RM1,500. Sayang gunalah RM1,000 buat restock barang," katanya. 

"Mana datang duit ini?" soal saya namun Amir tidak memberikan respon. 

Keesokkan harinya saya tanya lagi tetapi dia masih juga tidak menjawab persoalan saya. Akhirnya pagi sebelum saya bertolak ke Kuala Lumpur (masa ini rasa ralat sikit sebab pergi Kuala Lumpur tanpa Amir) dia beri kad bank dia dan bila saya tanya tentang duit itu, dia kata, 

"Itu duit Amir jual Vespa la sayang," katanya. 

Allah! Berkaca mata saya pada pagi itu. Dia sanggup tak gunakan duit itu, tak topup barang niaga dia sebab nak bagi saya guna untuk restock barang saya. Ya tuhan, terima kasih hadirkan insan bernama Khairul Amiramri ini dalam hidup saya walaupun saya tahu saya banyak yang tidak sempurna tetapi dia tidak pernah mengalah untuk terus membimbing dan mendidik saya untuk menjadi seorang isteri yang solehah. 

Semoga Allah merahmatimu selalu wahai suamiku Amir Bear. Dia sanggup korbankan apa yang dia ada dan hanya untuk melihat saya bahagia. 

P/S: Untuk isteri-isteri di luar sana, hargailah suamimu. Kamu takkan pernah tahu betapa susahnya dia untuk mencari nafkah agar kita (isteri) dan anak-anak dapat menyuapkan nasi dan untuk meneruskan kehidupan di hari-hari yang mendatang. 



Ini semua gambar kenangan saya bersama 'Cik Puteh' dan semoga gambar-gambar ini dapat saya tunjukkan kepada anak-anak, cucu-cucu dan cicit saya kelak. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.