Loading...
KV

CCTV Dedah Suspek Utama Pembunuh Kejam Dua Bersaudara Dikenal Pasti !!!

CCTV Dedah Suspek Utama Pembunuh Kejam Dua Bersaudara Dikenal Pasti !!! | Rakan sebilik kepada dua lelaki yang ditemukan maut dengan kesan tetakan di seluruh anggota badan di sebuah kilang memproses ayam di Jalan Bukit Kuda, di sini, semalam yang kini menghilangkan diri dipercayai suspek utama pembunuhan kejam tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, berdasarkan ra­kaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati suspek berusia 30-an, merupakan satu-satunya individu yang berada di kilang tersebut ketika pembunuhan berlaku.

Jelas Mazelan, polis percaya suspek melakukan jenayah itu bersendirian sebelum bertindak mengunci bilik mangsa dari luar dan melarikan diri menggunakan kereta Satria Neo milik salah seorang daripada mangsa yang dibunuhnya.

“Suspek juga dipercayai turut melarikan wang gaji berjumlah RM3,000 yang di­terima kedua-dua mangsa pada 31 Julai lalu. Polis kini sedang giat memburu suspek dan kita percaya suspek sudah keluar dari Selangor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, dua lelaki, Syed Mohd. Fazrul Syed Mohd. Ridhwan, 23, dan Wan Amir Hamzah Abu Hassan, 48 ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dengan perut terburai dan tangan hampir putus selepas dipercayai ditetak menggunakan pisau pemotong daging.

Lebih menyedihkan, mayat mangsa terbiar hampir dua hari sebelum ditemukan kira-kira pukul 1 petang semalam selepas majikannya datang ke kilang terbabit setelah gagal menghubungi kedua-dua mangsa.

Mengulas lanjut, Mazelan memberitahu motif kejadian masih belum dapat dipastikan dan setakat ini pihaknya mendapati tidak ada masalah dendam antara suspek dan mangsa.

Katanya, tiga lelaki warga Bangladesh yang merupakan pekerja di kilang terbabit turut ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam di Ibu pejabat Polis Daerah Klang Utara, iaitu ketika mereka dipanggil memberi keterangan.

“Kesemua mereka berumur lingkungan 30-an itu ditahan untuk membantu polis mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kes tersebut,” ujarnya.

Kredit : EBerita

P.S. 1 – Inilah Cara Bersihkan Rumah Suri Rumah Kena Tahu, Tak Payah Pakai Pencuci Mahal Dah. Jimat Duit !!!
P.S. 2 – Ustaz Ini Berani Bongkar Wajah Yakjuj & Makjuj Yang Selama Ini Dirahsiakan Amerika !!!
P.S. 3 – Kisah Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda..Memang MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Selalu Nampak ‘Ulat’ Ni Terbang Di Mata Anda? Inilah Penjelasan Kejadiannya Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – ”PERHATIAN” Para Ibu JANGAN PANASKAN Semula 10 Jenis Masakan Ini, Anda Lihat lah Sendiri Akibatnya !!!

The post CCTV Dedah Suspek Utama Pembunuh Kejam Dua Bersaudara Dikenal Pasti !!! appeared first on KITA VIRAL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.