Loading...
sk

Kisah Lelaki Yang Suka Melanggan ‘Pel@cur’. Kesudahan Berlaku Kepadanya Sgt MENGEJUTKAN !!!

Kisah Lelaki Yang Suka Melanggan ‘Pel@cur’. Apa Yg Berlaku Kepadanya Sgt MENGEJUTKAN !!!| Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas mengenai rakan sekerja saya. Kisah ini menonjolkan cara/gaya hidup yang agak berat tahap sosialnya tapi diharapkan boleh menjadi iktibar & pengajaran buat para pembaca.

Kisah ini mengenai seorang lelaki 40-an yang bernama Farid. Farid bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Farid sudah berkeluarga & mempunyai 4 orang anak. Dia selalu sibuk dengan tugasan, atas faktor kerja dia selalu kena pergi outstation kadang-kadang ke Miri Sarawak, Kadaang-kadang ke Labuan Sabah & juga ke Bartam Indonesia.

Sudah menjadi kebiasaan kepada Farid, setiap kali berjauhan dari keluarga untuk kerja luar kawasan, dia akan melanggan pelacur bagi menemaninya. Oleh kerana terlalu kerap berbuat demikian, dia seolah-olah sudah ketagihan melanggan pelacur. Pada awalnya dia melakukan untuk suka-suka sahaja, paling malang apabila dia telah jatuh cinta kepada salah seorang pelacur yang dia langgan.

Selepas jatuh cinta, maka bermulalah episod pilu. Dia tidak sedar yang dia sudah mengabaikan keluarga sedikit demi sedikit. Wang gajinya pula asyik cepat habis tanpa diberikan kepada isteri & anak-anak sebagai nafkah. Dia sendiri juga tidak cukup duit, boleh dikatakan semua duitnya ‘dilaburkan’ kepada pelacur tadi.

Di pendekkan cerita, isterinya mula dapat menghidu perubahan pelik suaminya. pergaduhan demi pergaduhan berlaku yang akhirnya membawa kepada perpisahan. Farid kelihatan tidak kecewa sebaliknya gembira kerana dapat memberikan sepenuhnya fokus kepada teman wanita pelacurnya itu. Namun cinta Farid tidak lama apabila Pelacur itu telah dihantar pulang ke Filipina kerana pas lawatan kerjanya sudah tamat tempoh.

Akhirnya Farid berputih mata. Ditinggalkan keluarga & kehabisan wang. Dia seolah-olah orang yang bankrup. Tak lama lepas tu Farid disahkan pula mengidap HIV +. Gelap dunia Farid. 3 Tahun lepas tu farid meninggal akibat HIV. Beginilah kisah seorang yang suka enjoy, mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat & akhirnya merana diri juga meninggal akibat penyakit kesan daripada kehidupan bebasnya.

Semoga kisah ini memberi kesedaran jika ada antara kita yang mengamalkan gaya hidup yang sama. SHARE jika bermanfaat.

The post Kisah Lelaki Yang Suka Melanggan ‘Pel@cur’. Kesudahan Berlaku Kepadanya Sgt MENGEJUTKAN !!! appeared first on SIAKAP KELL.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.