Satu rakaman video pencuri menjadi viral di media sosial. Pencuri yang merupakan seorang wanita dapat ditangkap pada 29/3/2017 Berjaya Times Square, selepas didakwa mencuri sepasang kanta lekap dan dikatakan lari ke kedai bersebelahan.
Memetik perkongsian Alat Keselamatan Peribadi – Safepro, pekerja di situ memaklumkan wanita tersebut telah lari ikut ke kedai bersebelahan dan mendapati memasukkan kanta lekap di dalam bag.
Dikirim oleh Alat Keselamatan Peribadi – Safepro pada 2 April 2017
Namun, wanita berkenaan tak diduga bertindak menolak dan memukul pekerja tersebut untuk melarikan diri. Dua kawannya bagaimanapun tidak tahu dia telah mencuri dan mahu membayar ganti rugi tersebut dengan membayar 5 kali ganda bayaran sebagaimana yang diminta oleh pekerja.
Kawan perempuan itu memaklumkan lagi, biasanya apabila ditangkap mencuri hanya perlu membayar 4 kali ganda.
Pekerja di situ kemudian memilih untuk tidak menerima bayar ganti rugi dan telah membuat laporan polis.
Pemilik kedai telah menyerahkan rakaman cctv kepada polis dan mendapati mereka datang berkumpulan dengan 4 orang dan semua mereka telah dirakam telah mencuri dalam kedai tersebut tetapi wanita yang telah ditangkap menyatakan tidak mengenali 3 orang lagi pencuri yang telah dirakam di cctv.
Dimaklumkan, pemilik kedai berkenaan telah membuat laporan polis lagi untuk menangkap 3 lagi orang pencuri yang lain.
The post Wanita Ditangkap Curi Kanta Lekap appeared first on The Coverage Edisi BM.