[VIDEO] Wanita Pejalan Kaki Telah Dilanggar Ketika Melintas Jalan Di GeorgeTown & Telah… !!!| Georgetown: Wanita pejalan kaki yang dilanggar lari penunggang motosikal ketika melintas di Jalan Burma, di sini, tengah hari tadi, meninggal dunia malam ini. Mangsa Foo Swee Wah, 58, meninggal dunia ketika dirawat di zon merah wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) jam 8.45 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid memberi amaran supaya penunggang motosikal terbabit menyerah diri kepada pihak polis. Beliau berkata, jika tidak polis akan mengesan dan menahan penunggang terbabit yang melarikan diri selepas melanggar mangsa.
Menurutnya, kes disiasat menurut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari tadi, mangsa dilanggar ketika melintas seorang diri di laluan melintas pejalan kaki yang disediakan.
Ketika mangsa hampir sampai ke seberang jalan, tiba-tiba seorang penunggang motosikal merempuh mangsa menyebabkan mangsa terpelanting di atas jalan manakala penunggang terbabit terus melarikan diri.
Sumber:HarianMetro
The post [VIDEO] Wanita Pejalan Kaki Telah Dilanggar Ketika Melintas Jalan Di GeorgeTown & Telah… !!! appeared first on SIAKAP KELL.