Loading...
E

Setiap Negara Mempunyai Warna Pasport Yang BERBEZA. Ini Sebab Yang Ramai TAK TAHU !!!

Setiap Negara Mempunyai Warna Pasport Yang BERBEZA. Ini Sebab Yang Ramai TAK TAHU !!! | Pernah terfikir kenapa pasport di negara kita berwarna merah, tetapi bukan berwarna biru, hijau, hitam dan sebagainya? Setiap warna pasport mempunyai maksud tersendiri bagi negara tersebut dan untuk pengetahuan kamu, hanya terdapat empat warna sahaja yang digunakan untuk pasport di seluruh dunia iaitu merah, hijau, biru dan hitam.

Setiap negara yang ingin memiliki pasport untuk rakyatnya, mereka perlu mendaftar kepada Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). ICAO telah menetapkan teknologi, saiz dan format pasport untuk seluruh dunia dan pihak kerajaan hanya boleh memilih warna dan rekabentuk sahaja.

Kebanyakkan pasport diseluruh dunia menggunakan warna biru dan merah dan bagi untuk tampak kelainan, tona warna yang berbeza turut digunakan.

Warna pasport bagi setiap negara turut melambangkan keaslian negara tersebut termasuk dari segi geografi, politik dan agama.

Pemilihan warna adalah terhad kerana hanya terdapat beberapa syarikat sahaja yang boleh membuat buku pasport ini dan prosesnya amat ketat dari segi kawalan.

Oleh itu, untuk mengelakkan kamu memikirkan apakah maksud warna yang terdapat pada pasport bagi setiap negara, jom kita baca dan fahami setiap warna tersebut.

Merah

Menurut The Economist, warna merah membawa maksud negara tersebut mempunyai sejarah penglibatan komunis seperti China dan Rusia. Ada juga menggambarkan warna merah sebagai identiti negara tersebut.

Seperti New Zealand, pasport mereka berwarna merah cerah yang diambil daripada warna benderanya dan melambangkan identiti negara tersebut.

Agak-agak negara kita melambangkan apa? Adakah identiti negara (bendera ada warna merah) atau dikaitkan tentang jajahan komunis?

Biru

Warna biru merupakan simbolik kepada ‘dunia baru’ seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Oceania dan lain-lain.

Warna ini digunakan oleh Caribbean Community & Common Market, termasuklah 15 negara Caribbean serta negara lain yang bergantung kepadanya.

Hijau

Warna hijau digunakan sebagai lambang kepercayaan agama dan kebanyakkan negara yang memakai warna hijau adalah negara Islamik seperti Azerbaijan, Indonesia, Pakistan dan Arab Saudi.

Warna hijau turut melambangkan simbol alam semula jadi dan kehidupan.

Hitam

Warna hitam gelap digunakan kerana ia kurang kotor dan menyerlahkan lagi kontras simbol negara tersebut serta menjadikan ia tampak lebih rasmi.

Antara negara yang memakai warna hitam ialah negara-negara Afrika seperti Kongo, Liberia, Malawi dan Uganda.

Warna-Warna Lain Daripada Empat Warna Di Atas

Untuk makluman kamu, warna dan rekabentuk pasport bagi sebuah negara adalah tidak kekal dan ia boleh diubah jika pihak kerajaan ingin melakukan sebarang perubahan.

Contoh negara yang pernah menukar warna dan rekabentuk ialah negara Amerika Syarikat, di mana negara tersebut telah menukar sebanyak tiga kali, pada mulanya berwarna merah, hijau dan kini berwarna biru.

Manakala bagi sesetengah pasport pula, turut memiliki ciri rekabentuk yang ringkas dan menarik seperti ultraviolet artwork yang hanya ada pada pasport Kanada, United Kingdom, United State dan China, yang mempunyai imej tersembunyi di dalam pasport mereka.

Organisasi antarabangsa turut mempunyai pasport sendiri, contoh Interpol berwarna hitam dan United Nation berwarna biru pasifik.

Sumber: The Vocket

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

The post Setiap Negara Mempunyai Warna Pasport Yang BERBEZA. Ini Sebab Yang Ramai TAK TAHU !!! appeared first on EKSIDENZ.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.