Loading...
TC

Hilang Anak, Ibu Meraung Bagai Dirasuk

Situasi tegang meletus di sebuah medan selera di Jakarta, Indonesia apabila seorang wanita tiba-tiba menjerit dan meraung bagaikan dirasuk makhluk ghaib.

Menurut Lilie Yang di facebook, kejadian berlaku di Fresh Food Pantai Indah Kapuk (PIK), Jakarta pada 2 April lalu dan berpunca apabila wanita tersebut kehilangan anak perempuannya namun tidak dapat dipastikan bagaimana kanak-kanak perempuan itu hilang.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Ivonne Natalia menerusi perkongsian screenshot Instagram yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Shan Kiera.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Ivonne.

Dalam video tersebut, orang ramai dilihat cuba menenangkan Ivonne yang seperti kehilangan akal.

Dalam keadaan riuh-rendah dan hingar bingar itu kedengaran satu pengumuman hebahan dilakukan untuk mencari anak perempuan mangsa.

Tidak berapa lama kemudian, budak perempuan itu berjaya ditemui dan diserahkan pada ibunya dan Ivonne terus memeluk erat anaknya.

 

The post Hilang Anak, Ibu Meraung Bagai Dirasuk appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.