Loading...
kisahbenar

Transformasi Terbaru AAMIR KHAN Yang Ramai Tidak Tahu. Mengagumkan!

Transformasi Terbaru AAMIR KHAN Yang Ramai Tidak Tahu. Mengagumkan!| Menerusi filem Bollywood akan datang, Dangal, Aamir Khan bakal tampil sebagai watak utama yang sudah semestinya memerlukan dia memiliki tubuh badan yang sado dek keranaperanannya sebagai seorang ahli gusti muda bernama Mahavir Singh Phogat. Pada mulanya, Mahavir memiliki tubuh segak bak ahli gusti, namun peredaran usia membuatkan dia mula mengalamai perubahan dari segi berat serta saiz tubuhnya yang juga mempunyai masalah buncit.

Aamir sendiri mahu menyahut cabaran itu dengan menaikkan berat badannya serta melakonkan watak Mahavir ketika berusia dan bertubuh besar. Setelah itu, Mahavir mula melalui transformasi untuk mendapatkan semula tubuh sasanya dan itulah juga dialami sendiri oleh Aamir yang bertungkus lumus mendapatkan tubuh 6-packs.

Mungkin jika dilihat pada video rakaman di sebalik tabir akan transformasi Aamir ini kelihatan agak ekstrem tetapi Aamir berjaya melakukannya. Apa yang terlintas di fikiran setelah menonton video rakaman ini, hanya kata-kata respek yang boleh dilontarkan pada pelakon terkenal hindustan ini.

Meskipun sudah berusia 51 tahun, Aamir buktikan yang usia bukan penghalang untuk dirinya kecapi tubuh sasa, segak dan muda demi filem arahan Nitesh Tiwari ini. Berat Aamir dikatakan meningkat sebanyak 28 kilogram dalam masa lima bulan demi memunhi keperluan dalam membawa watak Mahavir. Ketika melakonkan watak tersebut, Aamir mempunyai berat 98kilogram dan dia sendiri mengaku melalui masalah untuk mengikat tali kasutnya sendiri.

Bahkan, Aamir merasai perubahan di mana gaya berjalan serta bahasa tubuhnya agak berbeza dari sebelum ini. Dan setelah berat badannya berkurangan, ia menjadi agak sukar. Aamir sendiri tidak pasti sama ada dia boleh melakukannya atau tidak tetapi akhirnya dia berjaya mengecapinya.

“Walaupun saya melalui sesi bina badan untuk mendapatkan tubuh yang diinginkan untuk filem Dangal ini, saya boleh katakan yang ia adalah satu transformasi tubuh yang paling dramatik bagi saya. Filem ini mempunyai dua fasa. Untuk fasa pertama, saya perlu menaikkan berat badan. Jadi saya menaikkan berat badan saya menjadi 96kg dengan 38 peratus lemak tubuh dan dari situ saya perlu mengurangkan sebanyak 9 peratus lemak tubuh selama lima bulan. Itu adalah satu tugas yang amat besar,” ujar Aamir kepada The Indian Express.

Tambahnya lagi, “Saya ingin menyatakan yang mana menaikkan berat badan dan menurunkan berat badan secara drastik adalah sangat tidak baik. Saya hanya melakukannya untuk filem ini dan ia di bawah pengawasan oleh pakar, tetapi ia amatlah tidak disarankan untuk orang biasa.”

Sumber:Eh.com.my

The post Transformasi Terbaru AAMIR KHAN Yang Ramai Tidak Tahu. Mengagumkan! appeared first on KISAH BENARKU.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.