Loading...
BSM

Ramai Tak Tahu!! Ini 11 Fakta Menarik Tentang Selva Kumar Subbiah !!!

Ramai Tak Tahu!! Ini 11 Fakta Menarik Tentang Selva Kumar Subbiah !!! |Berita pembebasan perogol bersiri Selva kumar subbiah telah mengejutkan rakyat Malaysia,selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada atas kesalahan rogol dan melakukan serangan seksual terhadap hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak.

Namun ramai masih tertanya siapakah lelaki misteri itu yang disabit dengan jenayah yang ganas itu.

Berikut merupakan beberapa fakta yang dilaporkan media tempatan dan asing tentang lelaki ini yang menjadi bualan rakyat Malaysia beberapa hari ini:
1. Beberapa portal berita sebelum ini melaporkan lelaki yang berasal dari Perak itu dijangka menetap di Pulau Pinang kerana mempunyai anggota keluarga yang tinggal di negeri itu.

2.Selva Kumar didakwa datang daripada keluarga yang berpendidikan tinggi dan mendiang bapanya adalah seorang pegawai kanan kerajaan.

3.Dia merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik, yang mempunyai dua abang dan seorang adik perempuan.

4.Selva Kumar pergi ke Kanada sebagai pelajar pada tahun 1980.

5.Selva Kumar didapati bersalah pada tahun 1992 di Mahkamah Ontario pada 19 tuduhan serangan seksual, 28 pertuduhan kerana memberi dadah pada mangsanya, 10 tuduhan pelbagai jenis serangan dan 12 pertuduhan lain yang termasuk peras ugut.

6.Polis Toronto mendakwa bahawa Selva melakukan serangan seksual kepada kira-kira 1,000 wanita di seluruh Kanada pada akhir 1980-an sebelum dipenjarakan selama 24 tahun.

7.Memetik laporan media asing, pihak berkuasa di penjara mendakwa Selva Kumar tidak menyesal dan mungkin akan mengulangi perbuatan jenayahnya iaitu rogol dan cabul. Bagaimanapun, keluarga dan rakan rapat Selva memaklumkan perogol bersiri itu telah bertaubat dan telah berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya.

8.Dalam pada itu, Selva Kumar tidak berjaya untuk cuba menyekat akhbar Kanada, Toronto Star untuk tidak mendedahkan gambarnya dengan alasan bahawa ia akan membahayakan baginya.

9.Salah seorang mangsa rogol Selva yang dikenali Susan Chapella yang dirogol pada tahun 1991 ketika usia 26 tahun tidak akan memaafkan pesalah terbabit.

10.Selva Kumar pernah merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

11.Mengulas tentang modus operandi jenayahnya, Selva Kumar menggunakan menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem dan penari profesional untuk mengumpan wanita.SH

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post Ramai Tak Tahu!! Ini 11 Fakta Menarik Tentang Selva Kumar Subbiah !!! appeared first on BISKUTMANIS.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.