Loading...
gengsensasi

Pilihlah Syurga Atau Neraka!

Kun Fayakun. Maka jadilah syurga dan neraka. Sebaik syurga tercipta, Allah memerintahkan malaikat Jibrail supaya melawat syurga.

Kiamat

Selepas melihat syurga, Jibrail lalu berkata, "Ya Allah, demi kemuliaan-Mu, barang siapa mengetahuinya, pasti mereka akan berusaha dan berlumba-lumba untuk mendapatkan syurga-Mu dengan segala kelazatan, kesenangan, kegembiraan, kemewahan dan beraneka rupa nikmat yang tersedia di dalamnya."

Kemudian Allah menyelubungi syurga itu dengan pelbagai syarat supaya manusia menjauhi segala larangannya, mengerjakan segala perintahnya seperti sembahyang, puasa, jihad, haji, sedekah, zikir, amal kebajikan, taat kepada ibu bapa, berbuat baik sesama manusia dan juga makhluk seperti binatang.

Barang siapa memenuhi syarat, mengikut segala perintahnya dan menjauhi larangannya, mereka layak memasuki syurga tersebut.

Lantas Allah memerintahkan sekali lagi Jibrail melihat syurga. Selepas kembali, Jibrail berkata, "Ya Allah, kini aku khuatir tiada sesiapa dapat memasuki syurga-Mu."

Allah turut memerintahkan Jibrail melawat neraka jahanam dan melihat pelbagai azab, seksaan, penderitaan yang disediakan untuk penghuninya.

Jibrail lantas berkata, "Ya Allah, demi kekuasaan-Mu, barang siapa yang mendengar segala seksaan yang amat dahsyat itu, pasti tiada sesiapa berani menghampirinya."

Lalu Allah menyelubungi neraka dengan pelbagai rupa kejahatan yang melanggar segala larangan Allah seperti berzina, rasuah, meminum arak, berjudi, membuat kezaliman, membunuh, menipu, mencuri dan pelbagai lagi maksiat kepada Allah.

Sekali lagi malaikat Jibrail diperintahkan melihat neraka.

Jibrail lalu berkata, "Ya Allah, aku khuatir tiada seorang pun yang terselamat daripada seksaan api neraka-Mu."

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Pengertian Neraka Bagi Penganut Kristian Dan Islam

-SENTIASAPANAS.COM

from SentiasaPanas http://ift.tt/2kUomhj via IFTTT
via OhKisahnya

About Cite Malaya

Powered by Blogger.