Loading...
kisahbenar

Perbandingan Pencapaian Dato Lee Chong Wei Morten Frost Hansen !!!

Perbandingan Pencapaian Dato Lee Chong Wei Morten Frost Hansen !!!| Di bawah tajuk kecil ‘10 Pemain Badminton Terbaik Sepanjang Zaman’ (terbitan 28 September 2014), kedua-duanya tersenarai, dengan Chong Wei di tangga keempat manakala Frost empat anak tangga di bawahnya.nMengatasi Chong Wei dalam susunan senarai itu ialah Lin Dan, Taufik Hidayat dan Gao Ling manakala di atas Frost pula Tony Gunawan, Rudy Hartono dan Li Lingwei tanpa membeza-bezakan era di antara mereka melainkan gelaran juara Kejohanan Dunia dan pingat emas Sukan Olimpik menjadi perkiraan utama.

Harus amat bertepatan juga laman berkenaan menampilkan kedua-duanya tergolong sebagai “pemain badminton terhebat dunia yang tidak akan menjadi juara dunia”. Sinopsis penilaian Sportsmuntra antara lain memaparkan: “Chong Wei adalah satu-satunya pemain Malaysia yang menduduki ranking pemain no. 1 dunia. Pencapaian utamanya termasuk pingat emas Kejohanan Asia 2006, dua (tiga) pingat perak Sukan Olimpik, tiga perak dan satu gangsa Kejohanan Dunia, empat pingat emas Sukan Komanwel serta satu perak dan tiga gangsa dalam Piala Thomas.”

Mengenai Frost: “Bekas pemain badminton Denmark, Frost menghabiskan 12 tahun dalam kedudukan tiga teratas ranking dunia. Dia diberi jolokan ‘Mr. Badminton’ dan memenangi hampir semua kejohanan utama dunia kecuali Kejohanan Badminton Dunia, di mana dia dua kali menang pingat perak pada 1985 dan 1987. Frost menjuarai Kejohanan Seluruh England empat kali pada 1982, 1984, 1986 dan 1987 selain Kejohanan Eropah dua kali pada 1984 dan 1986.”

Sebagai menjustifikasikan pemilihan Lin Dan selaku pemain terbaik sepanjang zaman, ia menjelaskan: “Lin Dan adalah yang pertama dan satu-satunya pemain untuk melengkapkan ‘Super Grand Slam’ pada usia 28 tahun, yang merangkumi kesemua sembilan gelaran utama dalam badminton antarabangsa. Lin Dan diberi jolokan ‘Super Dan’ kerana pencapaian menakjubkan, termasuk lima emas dan satu perak dalam Kejohanan Dunia, dua pingat emas badminton Piala Dunia, lima emas dan dua gangsa Piala Thomas, tiga pingat emas Sukan Asia serta tiga pingat emas Kejohanan Asia. Dia adalah satu-satunya pemain badminton dalam sejarah untuk menang dua pingat emas Sukan Olimpik berturut-turut di Beijing 2008 dan London 2012.”

Perbandingan dengannya harus membuat kedua-dua Chong Wei dan Frost berasa kerdil daripada segi pencapaian – sekalipun tidak kalah daripada perwatakan! Anehnya, dengan kedua-duanya masih berpeluang bekerjasama untuk Chong Wei sekurang-kurangnya bersara selaku juara dunia – akhirnya – jaguh kebangsaan itu memilih untuk terus bertegang urat dan bertegas tidak akan membuat pusingan ‘U’ bagi memulihkan hubungan dengan Frost.

Apa yang membezakan ialah sambil Frost tidak mampu lagi mengubah senarai pencapaiannya sebagai pemain, Chong Wei masih belum terlambat untuk menutupnya dengan gemilang – asalkan dia bersedia mengubah keutamaan dan perwatakan.
Bukanlah rahsia Frost memiliki keangkuhan Eropah dalam dirinya – namun, dia dikatakan sudah banyak berlembut daripada tempoh pertamanya selaku Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari 1997-1999 – Chong Wei juga harus bijak menyalurkan energinya agar lebih bermanfaat.

Jikalah semangat melawannya terhadap Frost dapat diterjemahkan ke dalam gelanggang pertandingan, harus Chong Wei sudah lama bergelar juara dunia dan Olimpik. Kecualilah dia mahu selamanya tergolong antara pemain terhebat yang tidak pernah menjadi juara dunia. Laman web www.sportsmuntra.com menyimpulkan Datuk Lee Chong Wei dan Morten Frost-Hansen serupa tapi tak sama di sebalik kedua-duanya bermasalah perwatakan.

Sumber:StadiumAstro

The post Perbandingan Pencapaian Dato Lee Chong Wei Morten Frost Hansen !!! appeared first on KISAH BENARKU.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.