gengsensasi

Nanti bila kau dah ada anak, baru kau tahu langit tinggi ke rendah

loading...
loading...


Kekadang orang yang belum berkahwinlah yang melebih-lebih bila berkata-kata. Semua orang boleh beri pendapat dan semua orang bebas berkata-kata. Tiada masalah langsung, cuma jangan melebih-lebih kalau belum merasa atau bukan dalam bidangnya.

Nanti bila kau dah ada anak jenis yang pantang letak terus melalak, terus merangkak macam lipas kudung sampai bawah meja, terus berlari laju macam kereta turbo, baru kau tahu langit tinggi ke rendah.

Farrel (anak saya) sendiri pantang diletak terus merangkak hilang entah ke mana. Lepa sikit saja, dia keluar dari bawah kerusi, bawah meja bawa sarang labah-labah, sampah gula-gula raya Cina tahun lepas. Budak, otaknya tengah berjalan memang begitu.

Farrel tak boleh didukung, dia akan berpusing 360' darjah sampai aku boleh terlepas. Dia sangat-sangat lasak sampai lunyai aku dibuatnya, terutama Eleena. Tapi kalau dah mula dukung, tak nak letak langsung. Cuma Eleena saja yang boleh kawal dia. Jadi, kenapa nak dengar cakap orang lain?

Bagi aku, aku akan guna tali macam keselamatan seperti ini bila Farrel berjalan nanti. We'll see. Keselamatan, kecuaian, malapetaka tetap akan berlaku walau di mana sekali pun tapi asalkan risiko keselamatannya dapat aku kurangkan seminimum mungkin, Why not? Why bother?

Kita bila jadi ibu bapa, tak ada yang sesuai dan tak ada yang tak sesuai. Sesuai untuk anak kita tapi mungkin bukan pada orang lain, begitu juga sebaliknya. Semuanya Try and Error serta bergantung pada kesesuaian anak masing-masing.

Tak ada soal seperti bawa anak-anak macam binatang, ini soal keselamatan. Dulu yes, ibu bapa dulu mungkin sedikit mudah dan mungkin tak perlukan tali seperti ini. Tapi dulu, bahaya untuk kita masa kecil hanyalah bila maghrib sebab tak reti nak balik rumah dan takut hantu tetek sorok.

Betul, itu yang buat aku balik sebab takut kena sorok. Sekarang? Dalam kawasan rumah pun boleh kena culik. Terleka 5 saat pun anak boleh hilang depan mata. Zaman dah berubah, ada yang cara dulu tak sesuai dengan cara sekarang.

Aku bercakap tentang keselamatan bukannya tentang cari mendidik dan aku sangat setuju cara mendidik orang dulu sangat bagus, walaupun keras. Siaplah Farrel kalau tak nak belajar. Dimanjakan dan disayangi dua pendekatan yang berbeza. Bagi akulah.

Tak ada tolak ansur bila bercakap tentang soal keselamatan keluarga terutamanya anak-anak. So not me. Mana yang harus, mana yang dirasakan perlu, kau kena buat. Jangan berlengah, takut kelak terngadah.
loading...
loading...
loading...
loading...

About Media Cita Panas

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close