FOSHAN, CHINA - Video seorang majikan sebuah syarikat melempar sejumlah besar wang kertas ke udara untuk pekerja, viral di media sosial.
Video tersebut dirakam pada 5 Februari lalu menunjukkan majikan berkenaan melemparkan wang tunai kepada pekerjanya sebagai tanda mengalu-alukan mereka kembali bekerja selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina.
Sekumpulan pekerja terbabit boleh dilihat menjerit kegembiraan dan berebut mendapatkan wang kertas 100 yuan (RM64) di lobi bangunan syarikat berkenaan.