Loading...
gengsensasi

Kapal layar gergasi bernilai $450 juta milik jutawan Rusia


JERMAN - Sebuah kapal layar gergasi bernilai $450 juta (RM199 bilion) dihantar kepada pemiliknya seorang billionaire, Andrey Igorevich Melnichenko, selepas beberapa bulan menjalani ujian pelayaran. 

Kapal layar yang mempunyai panjangnya 468 kaki dan 300 kaki tinggi itu dihantar kepada pemiliknya di Pelabuhan Tentera Laut Jerman di Kiel, utara Hamburg pada petang Jumaat lalu. 

Kapal mewah yang diberi nama Sailing Yacht A itu mempunyai lapan tingkat, helipad di bahagian dek, bilik pemerhati di bawah laut dipercayai adalah kapal layar yang terbesar di dunia. 

Kapal berkenaan direka oleh seorang lelaki Perancis, Philippe Starck, mampu menampung 20 tetamu dan 54 anak kapal.















Dalam laporan Forbes, Melnichenko merupakan orang ke-97 terkaaya di dunia dan kesembilan terkaya di Rusia. Beliau telah membelanjakan $451 juta untuk membina kapal tersebut. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.