Loading...
Cite Malaya

'Kalau kau tak diam, aku potong lidah kau nanti!'



Saya dimasukkan ke wad lebih awal sebab mengalami contraction yang teruk tetapi laluan masih tak terbuka. Setelah tiga hari berada di wad, barulah doktor buat keputusan untuk deliver secara paksaan iaitu pecahkan air ketuban. 

Selama tiga hari saya di wad menahan contraction seorang diri. Setiap kali waktu melawat, katil orang lain penuh dengan orang. Saya? Krik-krik.. seorang diri. Terjenguk-jenguk pintu masuk, manalah tahu kalau suami datang tetapi hampa. 

Bila call tak angkat, mesej tak reply. Setengah jam sebelum waktu melawat tamat, suami datang bawa nasi dan terus balik. Allahu, tersentak emosi saya ketika itu. Sudahlah menahan sakit yang teramat, dibuat pula begitu. 

Salahkah dia datang awal untuk berborak dengan isteri dia ini? Kalau saya cakap sakit atau sedih macam mana pun kita, bila nampak suami kita akan jadi gembira dan bersemangat. Betul tak? 

Untuk pengetahuan semua, suami saya pada ketika itu baru habis kontrak kerja. Jadi tiada alasan untuk dia tak melawat saya. Pergi kerja pun tidak, jadi dia pergi ke mana? 

Dia pergi cyber cafe main dota dengan kawan-kawan dia. 

Luluh hati saya tetapi saya tolak ke tepi dan tak nak fikir sangat sebab saya bertambah sedih pula nanti. Sudahlah saya sakit, suami pula enggan peduli. Sebab itulah mengapa suami merupakan faktor tersebar yang mempengaruhi psikologi seorang isteri. 

Selepas dimasukkan ubat, jam 7 malam saya dimasukkan dalam labour room. Sakit macam nak hilang nyawa. Lagi pun ini anak sulung dan saya baru berusia 23 tahun. 

Keesokannya saya dibenarkan pulang. Doktor kata jam 12.30 boleh pulang. Saya maklumkan kepada suami. Itupun 5-6 kali call baru dia jawab sebab dia tidur. Dari 12.30 tengah hari, jam 3 petang baru suami datang. Masa itu memang emosi saya sudah tidak stabil.

Sebelum itu di hospital, jururawat kerap bertanya mana suami, dengan anak merengek, susu bengkak. Menitis air mata saya pada waktu itu. Nasib baik seorang seorang kakak di katil sebelah beri nasihat banyakkan bersabar. Katanya anak sulung memang begitu, rasa perit sangat. Memang perit sebab itu sokongan dari suami amat diperlukan. 

Bila suami sampai, saya tanya kenapa dia lambat. Dia cakap dia pergi makan dengan kawan dia yang datang dari kampung. Kawan dia lebih penting daripada saya. Saya tengok suami orang lain boleh discharge on time, kenapa suami saya tak boleh? 

Saya malas nak fikirkan lagi, pendam dan diam saja. Mula terbit rasa menyampah dalam hati. 

Bila di rumah, dia jarang berada di rumah pada waktu siang. Bila malam, memang setiap malam dia akan keluar. Jam 5-6 pagi baru balik. Bayangkan saya terpaksa berpantang seorang diri. Malam-malam seorang diri dengan kesan luka jahit, tukar lampin baby, susu baby setiap jam. Emosi saya benar-benar terganggu. Sudahlah masih sakit, ditambah pula menguruskan anak seorang diri, saya memang penat habis.

Pernah anak menangis, saya cubit-cubit badan dia dan pernah tampar anak sampai menangis tak keluar suara. Saya sumpah seranah suami di depan anak dengan emosi yang tak stabil. Tetapi selepas kejadian itu, saya rasa menyesal sangat. Masa saya pukul anak snediri, memang nampak dia buruk sangat. Saya tak nampak pun seorang bayi yang comel. Bila sampai dia menangis tak keluar suara, saya tersedar dan menangis.

"Apa salah anak saya.." 

Cubalah fikir, emosi siapa yang tak terganggu. Luka jahitan masih sakit, nak pergi toilet bangun jalan sendiri. Saya nak air, saya terpaksa bangun dan buat serta ambil sendiri. Memang dua minggu pertama saya berpantang dalam keadaan yang tidak stabil. Anak selalu menjadi mangsa cubit.

Pernah anak buat perangai membuatkan saya marah dan saya tak susukan dia. Saya bancuh susu pekat F&N itu dan beri pada anak. Saya sumbat-sumbat puting botol susu itu sampai dia menangis lebam mata. 

Suami? Keluar balik rumah tidur. Saya dan anak diabaikan. 

Dua minggu saya pernah bermain pisau di kepala anak. 

"Kalau kau tak diam, aku potong lidah kau nanti!" 

Mungkin Allah swt nak bagi saya kesedaran, anak saya mula tak merengek. Dia diam sahaja. Cuma menangis sikit bila nak susu. 

Selepas dua minggu itu, saya semakin pulih. Saya banyak membaca tentang pantang di internet. Saya mula susukan anak dengan cara yang betul. Saya mula memanjakan dia dan anak mula senyum pada saya. Allahu, apa yang saya dah buat pada anak saya sendiri selama ini. 

Lama kelamaan saya dah semakin stabil. Walaupun sampai habis pantang suami saya keluar melepak memanjang, saya langsung tak fikir dan peduli tentang dia. Memang marah dan benci pada suami itu ada sebab dia lupa melaksanakan tanggungjawab dia. Tetapi setiap kali saya tengok anak, saya layan anak dengan baik. Saya buang semua perasaan lain.

Sekarang kami sedang menunggu tarikh hadir ke mahkamah untuk bercerai. Bagi saya, dari saya terus memberontak dan berbuat dosa, sakit hati dengan perangai suami yang lebih mementingkan kawan berbanding tanggungjawab di rumah, saya undur diri. Biarlah dia hidup dengan kawan-kawan dia sampai mati. 

Kepada golongan lelaki yang rasa tak boleh hidup tanpa kawan-kawannya, mohon tak payah gatal bawah nak mendirikan rumah tangga kerana isteri itu adalah amanat, begitu juga dengan anak. :elaki bergelar suami perlu ingat bahawa, hati isteri yang perlu dijaga, bukannya hati kawan-kawan. Jangan buat isteri seperti hamba.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.