HAIRAN 3 Hari Sebelum Bertunang Muka BERNANAH Teruk. Hari Nikah Segalanya TERBONGKAR. Rupa²nya… | Tak tahu nak mula dari mana. Tak semua orang percaya pada sihir, santau. Aku sendiri tak percaya benda macam ni. Nak dijadikan cerita. 3 hari sebelum aku bertunang. Muka aku bernanah teruk. The whole face. Dalam hati Allah je tahu aku tengok muka aku buruk dalam sekelip mata. Tapi masa tu aku baru lepas minum madu. Jadi aku salahkan madu.
Aku cuba positif dan ambil mood sebab nak bertunang lagi 3 hari walaupun hati aku sebenarnya sedih sangat. Masa bertunang aku nampak famili lelaki semua terkejut tengok muka aku. Yela sebelum ni muka aku cantik licin elok je. Aku malu bila famili dia pandang and tegur kenapa muka.
Hari berlalu sampai lah 2 bulan selepas tu ada hamba Allah menegur muka aku ni bukan jerawat biasa. No wonder lah aku pergi buat chemical peel, aku buat carbon laser semua tak jadi pape. Makin worst ada lah. Tapi bila hamba Allah tu tegur. Aku cuba berubat kampung.
And, yes. Kata ustaz sebuah tahfiz tu aku disantau.
Tak puas hati jumpa seorang ustaz, aku cari lagi orang lain. Sampai orang ketiga aku jumpa dia cerita orang yang santau aku ni nak bakal suami aku. Tapi bakal suami aku tak nak dia. Ustaz tu siap cakap ciri² perempuan yang hantar santau ni. Tapi aku tak dapat nak agak, aku cerita kat tunang aku. Dia serba salah dia ingatkan kawan² perempuan dia.
Yela aku mengaku dia memang hensem and bergaya. So aku down. Aku rase aku tak layak untuk die. Muka aku mula berkudis dan berkuping. Aku malu nak jumpa dia. Tapi lepas 3 bulan bertunang dia nak juga jumpa aku dia nak tengok keadaan aku depan mata dia. Bila jumpa alhamdulillah dia masih ok.
Lagi 3 bulan nak kahwin, kami tunang tak lama. Tarikh diawalkan. Sebab ada famili lelaki nak cepatkan sebab dia tanak orang yang menyantau aku buat aku lagi teruk. Katanya. Banyak Allah bagi aku petunjuk. Tapi aku tak nampak sebenarnya siapa dalang semua ni jadi.
2 minggu sebelum aku kahwin, aku jumpa sorang kakak. Dia pandai berubat. Aku ikhtiar lagi selagi aku ada masa. Alhamdulillah muka aku makin ok. Before aku kahwin aku ajak kawan baik aku yang selama ni aku usung ke mana saja pergi spa or pergi klinik kulit beli barang and mcm². Aku ajak dia tidur dengan aku spent time dengan aku before aku jadi bini orang. And masa dia masuk bilik aku ada bau bangkai. Aku ada tegur muka dia berubah. Tapi keadaan terus senyap. Ak tak syak pape lagi. Aku cuma mesej akak yang berubat aku, aku bagitau dia bilik aku bau bangkai malam tu. Die cuma jawab bawa bertenang fokus hari nikah.
Esok nak nikah ak down sebab tetibe muka yang dah elok baik jadi buruk balik sedangkan malam tu ak nak nikah. Aku tunggu kawan baik aku datang aku nak menangis. Tapi dia tak datang. Padahal dia janji nak datang pakaikan aku inai petang tu. Allahuakbar aku masih tak nampak petunjuk dari Allah.
Dipendekkan cerita, majlis nikah aku berjalan lancar dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada lelaki yang aku cintai. Kawan baik aku still tak sampai. Seelokknya aku dah sah menjadi isteri barulah kawan baik aku sampai. Seminggu selepas kahwin, aku jumpa akak yang berubat aku. Aku nak tahu siapa dalang semua ni. Aku tak sedap hati. Dan dia cuma cakap, bau yang busuk sebelum aku kawhin tu sebab orang tu datang bawa benda tu. And orang tu tak dapat datang sebelum aku nikah sebab dia psang pendinding untuk aku hari nikah aku. Sebab tu selesai majlis baru orang tu boleh sampai. Berdesup darah aku ke kepala. Terus menangis. Allahuakbar. Dia ke kak? Terus aku tanya. Dia cuma senyum.
Aku cuma nak share cerita ni. Pada korang yang bakal kahwin yang ada kawan baik. Berhati² lah. Aku tak pernah percaya semua ni. Tapi bila jadi pada aku. Aku yakin dia sebab banyak benda aku nampak selama ni patutlah dia marah aku balik kampung nak beli cincin tunang dengan bakal suami aku, dia selalu nak ikut kami dating, dia selalu perli aku depan kawan² lain sebab aku selalu dating, dia selalu gedik depan bakal suami aku. Bila kahwin ingatkan semu surut, tapi tak. Aku sehabis baik block dia kat insta and fb. Aku cuba jauhkan diri dari dia. Tapi dia masih menghantar mungkin sebab dia nampak aku bahagia dekat page orang lain. Kepada kau wahai sahabat, dunia akhirat aku anggap ko macam kakak sendiri. Kau lembut sopan tudung sangat labuh. Kenapa ko buat aku macam ni. Di manakah setia persahabatan kita selama 17 tahun ni.
Hati² dengan kawan baik. Hati-hati. Emm… Siapa ada tempt berubat lagi. Boleh inform. Saya masih nak berubat demi rumahtangga saya. Tq.