Loading...
gengsensasi

Kakitangan ambulan 'minta rasuah' dulu sebelum bersetuju hantar pesakit ke hospital


CHINA - Seorang kakitangan ambulan didakwa meminta rasuah sebelum bersetuju untuk menghantar bapa seorang wanita yang sakit ke hospital, lapor iNews.

Wanita yang dikenali sebagai Chen mendakwa, dia perlu 'membayar' kakitangan ambulan berkenaan atau bapanya yang mengalami demam teruk itu terpaksa kembali  beratur dan menunggu giliran buat kali kedua untuk mendapatkan perkhidmatan ambulan.

Ekoran itu, kekasih kepada Chen terpaksa tampil dan membayar 200 yuan dalam bentuk sampul angpau berwarna merah kepada kakitangan berkenaan agar bapa Chen dapat dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan. 

Chen juga sempat merakam kegiatan kakitangan berkenaan yang meminta rasuah dari mereka dengan menggunakan telefon pintarnya dan dimuat naik ke media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Sementara itu, pihak Hospital Xinhai pula menegaskan bahawa ambulan tersebut bukan milik mereka dan tiada sebarang data mereka menghantar perkhidmatan ambulan pada pengadu. Ambulan tersebut adalah milik syarikat ambulan itu sendiri. 

Selepas rakaman itu viral di media sosial dan media massa, kedua-dua kakitangan yang berkenaan tampil memulangkan kembali wang 200 yuan tanpa membuat sebarang permohonan maaf mahupu bercakap dengan Chen.  - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.