Ilmu Mampu Menabung Walau Berapa Kecilnya Gaji Anda !!! No 4 Tu Bukan Calang2 !!!| Hujung bulan saja sesak. Duit habis bayar hutang sana-sini. Sudahnya yang dalam poket cukup-cukup untuk belanja makan. Kadang duit makan pun tak lepas, sudahnya terpaksa pinjam kawan-kawan. Sampai bulan seterusnya, kena pula bayar hutang kawan. Pusing-pusing, duit tak ke mana. Habis buat bayar hutang saja. Sebenarnya, ada cara macam mana nak pastikan duit yang cukup-cukup makan ini boleh dijadikan simpanan. Selalunya, ramai yang mengeluh. Bayar hutang sampai tak boleh menyimpan. Tolong buang persepsi murahan ini. Sebab dengan duit yang cukup-cukup makan itulah kita boleh simpan berdikit-dikit dan lama-lama jadi bukit.
Ini tekniknya:
1. Senaraikan Hutang & Selesaikan Satu Persatu
Catat keseluruhan jumlah hutang. Pilih hutang yang boleh diselesaikan dahulu. Contoh hutang televisyen, mesin basuh atau beli telefon bimbit canggih. Bila dan selesai, sekat keinginan. Jangan layan nafsu membeli. Hadkan hutang biar paling kurang cuma dua, contoh hutang rumah dan kereta. Ia akan ambil masa, tapi perlu konsisten langsaikan satu per satu. Keywordnya: JANGAN TAMBAH HUTANG.
2. Seringgit Sehari
Katakan tak mampu sangatlah nak menyimpan. Buka dompet, tengok ada berapa banyak duit seringgit dalam dompet. Keluarkan dan masukkan dalam tabung. Simpan dan lupakan. Esok tengok lagi, berapa banyak duit seringgit yang ada. Keluarkan dan masuk dalam tabung. Lakukan sampai hujung bulan. Buka tabung dan tengok hasilnya. Anda pasti terkejut. Keyword: SIMPAN & LUPAKAN.
3. Cita-cita Kena Besar
Bila duit simpanan sebulan dah ada di tangan. Tengok berapa hasilnya. Google harga emas 1 gram berapa? Tukar simpanan kepada emas gold bar 1 gram. Beli dan simpan. Pasak impian hujung tahun boleh ada sekurang-kurangnya 12 gram emas. Bermakna 1 gram 1 bulan. Bila dah jadi emas, nak pecahkan jadi ringgit mesti dah tak ‘kuasa sangat’ kecuali terdesak. Keyword: JADIKAN EMAS.
4. Barang tak penting tak perlu beli
Satu masalah kita, tak boleh tengok kawan-kawan membeli. Mereka baru up sikit di Facebook atau Instagram, kita pun menggelupur nak beli sama. Tak mahu kalah dengan kawan. Kalau tak beli terang-terangan, beli secara senyap. Maklumlah Lazada kan dah di hujung jari. Setiap bulan letak senarai. Lebihan duit dari barang tak perlu ni boleh tukar jadikan simpanan. Keyword: BELI YANG PALING…PALING…PALING PENTING SAJA
5. Kad kredit bukan gaya hidup
Kalau tak pakai, susah juga. Ini penyelamat di kala sesak. Ingat! Penyelamat di kala sesak saja ya. Bila tak sesak, janganlah guna. Sayangnya, waktu tak sesak itulah nak gunakan juga kad kredit. Alasan, tak nak pegang cash. Kad kredit akan mencipta hutang. Rujuk semula tip no. 1. Kita kena kurangkan hutang. Sebab itu, pegang saja cash yang anda perlukan untuk hari itu. Tak perlu bawa secara berlebih-lebihan. Ia akan mengundang perbelanjaan di luar jangkaan.
Sumber: MingguanWanita
The post Ilmu Mampu Menabung Walau Berapa Kecilnya Gaji Anda !!! No 4 Tu Bukan Calang2 !!! appeared first on KISAH BENARKU.