Loading...
BSM

Dikecam Nama Anak Muhammad Putra Naruto, Pelawak & Pelakon Jelas Perkara SEBENAR !!!

Dikecam Nama Anak Muhammad Putra Naruto, Pelawak & Pelakon Jelas Perkara SEBENAR !!! |Kuala Lumpur: Gara-gara memuat naik gambar sijil kelahiran anak kedua bernama Muhammad Putra Naruto di akaun Instagram, pelawak serta pelakon Mohd Shah Rizal Sulaiman dikecam pengguna laman sosial.

Shah berkata, sijil kelahiran berkenaan disunting sebelum dimuat naik ke laman Instagram miliknya, Selasa lalu.

“Saya hanya mahu bergurau, tak sangka pula gambar ini menular dengan cepat.

“Sebenarnya sijil kelahiran ini sengaja disunting kerana saya nak ‘kenakan’ ahli keluarga yang mencadangkan nama Naruto memandangkan saya dan anak sulung meminati anime ini.

“Ketika saya memaklumkan mengenai keputusan menamakan anak kedua Naruto, mereka sangat terkejut. Begitu juga beberapa pengikut yang menyangka nama itu benar. Padahal nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Shah, pada mulanya dia ada terfikir untuk menggunakan nama Naruto tetapi melupakan hasrat itu apabila mengetahui maksudnya.

“Naruto bermaksud pergolakan dan tak sesuai digunakan sebagai nama anak. Bagi saya biarlah nama yang dipilih molek maknanya dan boleh dijadikan doa.

“Saya ingin memohon maaf jika ada yang kurang senang. Ada yang mendakwa saya sengaja mahu mencipta publisiti murahan.

“Bagi saya, banyak lagi cerita lain yang boleh direka tanpa membabitkan nama anak. Ia memang tidak masuk akal,” katanya. Kredit-HarianMetro

P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!

The post Dikecam Nama Anak Muhammad Putra Naruto, Pelawak & Pelakon Jelas Perkara SEBENAR !!! appeared first on BISKUTMANIS.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.