Loading...
gengsensasi

Anak selesema tapi tak nak makan ubat? Cuba rawat guna bawang

Memberi kanak-kanak makan ubat sama ada dalam bentuk sirap adalah sesuatu yang mencabar. Jika mereka buang atau tumpahkan ubat sirap tersebut, secara automatik ibu bapa menyinga seketika. 

Jadi, bagaimana cara mengatasi masalah anak tak suka makan ubat ini? Mungkin anda boleh cuba petua menggunakan bawang merah ini. 



Anak selesema, tapi tidak mahu makan ubat? Saya kongsikan sedikit tips bagaimana cara nak mengatasi masalah ini. 

Sejak dari lahir, Hana Humaira memang tidak boleh menelan ubat. Buatlah apa cara sekalipun, mesti dia akan luakkan semula. Maka bermulalah perjalanan kami mencari alternatif lain. 

Alhamdulillah, kami menemui beberapa kaedah. Di antaranya adalah seperti gambar di bawah. Kaedah ini yang saya gunakan untuk merawat selesema anak. 

Caranya, hiriskan beberapa biji bawang merah. Letakkan di tempat yang terbuka dan letakkan di dalam bilik. 

Kata doktor yang merawat Hana, badan manusia ini Allah sudah sediakan satu mekanisma yang akan membuang benda yang tidak elok. Mukus yang keluar tadi membawa kuman yang tidak elok dari dalam badan. Tetapi sekiranya udara yang disedut masuk juga membawa kuman yang tidak elok, maka mukus (selesema) tadi tidak akan berhenti. 

Peranan bawang yang dihiris tadi adalah sebagai vacum pembersihan udara secara semulajadi. Jadi Hana akan sedut udara yang bebas dari kuman dan proses pembersihan kuman dalam badan akan berjalan dengan lancar. 

Biasarkan kurang dari 48 jam, Hana akan kembali pulih. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.