Loading...
gengsensasi

'Aku nak kahwin dengan suami kau je!'


Kiriman pengadu

Saya seorang isteri dan ibu kepada lima orang anak. Sudah berkahwin 11 tahun, saya dan suami bekerja di sektor kerajaan. Tetapi suami saya dah nak pencen sebab dia tentera, jadi pencen awal. Sekarang usia dia lebih kurang 40-an.

Tujuan saya menulis ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar meluahkan apa yang saya rasa. Sebelum ini saya betul-betul bahagia, ada suami penyayang dan suami sangat sayangkan anak-anak kami. Sudah lapan tahun saya menjaga anak seorang diri sebab suami kerja jauh. Tetapi tak mengapa sebab saya pun tak kisah.

Suami balik dua minggu sekali. Setiap kali saya menghubungi dia, dia akan maklumkan dia berada di rumah sewa dan tak pergi ke mana-mana. Kadangkala dia akan menghubungi saya untuk memberitahu dia nak keluar makan, pergi beli barang dan saya tiada masalah dan tiada menyimpan rasa curiga. Lagipun bila dia balik ke rumah, dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan yang menunjukkan dia curang.

Saya bukanlah baik sangat tetapi kalau saya ada duit lebih dan suami minta belikan barang, saya belikan saja. Contohnya dia minta saya belikan dia motosikal sebab tentera susah sikit nak buat loan. Kalau bab laon, memang saya yang kena. Dia berjanji bila dia pencen kelak, semua wang pencen dia akn diberi kepada saya sebab saya dah payah beranak anak dia, jaga anak seorang diri.

Rumah memang di atas nama dia tetapi kos pengubahsuaian menggunakan duit saya. Bukan saya nak mengungkit tetapi bila dia sudah mula menunjukkan perangai yang sebenar, saya menjadi sedih dan tertekan.

Saya bukan pekerja yang suka-suka hati tak pergi kerja. Namun disebabkan sikap dia, saya menjadi stress. Saya terpaksa ambil cuti sakit, cuti kecemasan sebab tak boleh nak buat kerja. Saya mendapat tahu dia curang bila ada seorang perempuan menghubungi saya dan bertanya apakah benar suami saya masuk ICU?

"Masuk ICU? Kenapa? Ini dia ada saja di rumah," kata saya.

"Semalam suami akak WhatsApp saya, dia kata dia masuk ICU," kata perempuan itu.

Secara logiknya, bila kes melibatkan pesakit dimasukkan ke ICU, sudah tentu kes tersebut adalah kes kritikal. Takkan boleh WhatsApp? Musykil. Lalu saya menghantar gambar suami saya yang tengah senyum kepada perempuan itu.

Perempuan itu terus buat panggilan dan meminta untuk bercakap dengan suami tetapi suami saya enggan. Saya hairan sebenarnya kenapa dia tak nak bercakap dengan perempuan itu. Saya tiada masalah tetapi lama kelamaan, saya agak curiga lalu bertanya pada perempuan itu kenapa beria-ria sangat nak bercakap dengan suami saya.

Mungkin didorong dengan perasaan marah yang melampau, akhirnya perempuan itu berterus terang yang dia telah menjalinkan hubungan dengan suami saya dalam diam sejak empat bulan yang lalu.

Hati isteri mana yang tidak sedih bila mendapat perkhabaran ini? Bila saya fikir susah payah saya menjaga anak-anak selama lapan tahun seorang diri, siang malam pergi balik kerja uruskan anak-anak seorang diri, tergamak suami mengkhianati saya seperti ini. Saya di sini menjaga anak-anak, jaga maruah saya dan keluarga dia pun tak pernah ada masalah dengan saya. Malah ibu mertua pun baik sangat dengan saya serta adik-adik ipar yang sayang sangat pada saya.

"Kenapa abang tergamak buat saya macam ni?"

"Itu hak aku!" kata suami.

Kami bergaduh dan buat pertama kalinya setelah 11 tahun berkahwin, dia tergamak memukul saya kerana perempuan itu. Allahu, sedihnya hanya tuhan saja yang tahu. 

Tidak cukup dengan itu, perempuan janda anak dua itu pula memaki hamun saya kerana tak beri keizinan pada mereka untuk kahwin. Cubalah kalian fikir, anak saya lima orang, anak janda itu dua orang, cukup ke suami saya nak tanggung kami semua yang mana sekarang ini semua benda kami kongsi? Saya tak pernah berkira soal duit.

Tetapi kalau dia nak sangat bermadu, saya minta dia bayar balik semua hutang saya, bukan sebab saya mengungkit tetapi kerana saya mahu dia bertanggungjawab dan mahu dia menanggung isteri-isteri dia dengan duitnya sendiri.

Sebelum ini, dia tidak pernah sebut perkataan cerai, namun disebabkan janda itu dia sanggup nak menceraikan saya. Malah dia memuji janda itu lebih baik dari saya.

WhatsApp, kalau baca perbualan suami dengan janda itu, lagilah membuatkan saya sedih. Hal dalam kain sembang seperti suami isteri. Saya ada baca di Facebook janda itu, dia siap tulis,

"Aku tak kisah pun ambil suami orang. Kalau dah jodoh, nak buat macam mana?"

Saya cakap pada suami, "kalau abang nak kahwin dengan dia, pergilah. Tapi saya takkan bantu abang dah, abang kena uruskan dua rumah tangga abang dengan duit abang sendiri. Ikutlah nak buat macam mana pun,"

Dan dia boleh pula kata, "duit pencen yang aku janji nak bagi kau itu, memang aku takkan bagi kau!"

Tak apalah, nak buat macam mana? Rezeki itu dari Allah, kan?

Saya tak menghalang poligami tetapi kalau dengan cara menipu isteri, betul ke cara seperti itu? Dia nak berkahwin dengan janda itu semata-mata nafsu sahaja. Sebab janda itu pernah kata,

"Aku nak kahwin dengan dia, aku tak nak anak. Aku nak suami kau je. Aku pun tak nak bagi zuriat pada suami kau."

Saya sangat-sangat sedih dengan sikap suami yang hanya mementingkan nafsu semata-mata. Anak-anak pun dia dah tak tak ambil tahu. Balik dua kali sebulan.

Dia tak pernah jaga anak-anak demam, jam 3-4 pagi baru boleh tidur. Kemudian bangun jam 6 pagi pergi kerja.
Dia tidak pernah rasa kalut di waktu pagi untuk uruskan anak-anak ke sekolah/rumah pengasuh
Dia tak pernah rasa bila diri sendiri sakit, tetap kena bangun uruskan anak-anak seorang diri.
Semua perkara itu saya buat seorang diri. Dia? Dia sedang bahagia dengan janda itu.

Kalaulah perempuan itu ada hati perut, dia boleh fikir guna otak. Tapi apa pun saya doakan mereka bahagia. Andai suatu hari kelak Allah balas perbuatan mereka, biar dia ingat ini semua doa saya dan anak-anak saya.

Buat suami saya, saya sanggup susah payah hidup dengan dia tetapi bila dia sudah senang, dia mula melupakan saya dan anak-anak. Dia boleh pergi berjumpa dengan janda itu setiap minggu. Tetapi nak balik berjumpa dengan saya dan anak-anak, pelbagai alasan yang diberikan.

Saya tak minta banyak, jika saya dan anak-anak teraniaya, saya mohon Allah balas setiap titisan air mata saya.

Suami pernah suruh saya berhenti kerja tetapi ibu mertua tak izinkan.

"Apa pun terjadi, jangan berhenti kerja," katanya.

Tengok hasilnya sekarang? Kalau saya ikut cakap suami, alamatnya habislah hancur hidup saya.

Suami benar-benar berubah selepas mengenali janda itu. Malah saya yang diugut suami sendiri, bukannya janda itu. Suami pernah menghalau saya keluar dari rumah tetapi disebabkan harta sepencarian, saya tak keluar.

Perkara ini berlaku dalam masa dua bulan sahaja. Saya boleh bermadu kalau janda itu betul-betul ikhlas. Ini tidak, dia nak suami saya tetapi saya pula yang dimaki, dihina macam-macam.

Kebelakangan ini suami asyik jatuh sakit. Saya bawa dia pergi berubah dan dikatakan suami sudah termakan benda kotor.

Pernah tanya suami jika dia pernah tidur dengan perempuan itu.

"Jangan cakap benda yang abang tak buat." kata suami.

Sudah 11 tahun berkahwin, 8 tahun jaga anak-anak seorang diri dan mengandung pun seorang diri. Alhamdulillah saya jarang sakit. Saya jaga anak siang malam, tiada istilah cuti dalam hidup saya. Suami pula balik kerja, main game COC. Layan anak sekejap kemudian sambung balik main COC. Bila berjauhan, sempat pula dia melayan betina lain. Tapi pernah pegang Al-Quran kata dia tak curang pada saya. Bila ajak solat, dia tak nak.

"Kau nak jadi malaikat, kau pergi jadi seorang. Aku nak jadi setan," kata suami.

Saya bimbang jika suami saya terkena sihir janda itu.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.