Loading...
gengsensasi

(Video) Trak rempuh tentera Israel, 4 maut, 15 cedera


JERUSALEM - Empat tentera Israel maut dan 15 lagi cedera selepas sebuah trak yang dipandu oleh seorang lelaki dipercayai warga Palestin, sebelum mengundurkan kenderaan itu dan menyebabkan 10 lagi mangsa terperangkap di bawah trak, lapor Daily Mail. 

Menurut Polis Israel, pemandu trak berkenaan telah ditembak dengan 18 das tembakan dan maut dalam trak tersebut. 


Posted by Jewish Breaking News on Sunday, 8 January 2017

Terdahulu, sekumpulan tentera Israel berdiri berhampiran sebuah bas, sebelum dirempuh oleh trak berkenaan tanpa memberi sebarang amaran. 

Beberapa anggota tentera Israel sempat melompat dan menembak pemandu terbabit sebanyak 18 das tembakan.

Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai serangan pengganas. 




Menurut saksi, Leah Schreiber berkata, "Tak logik dia nak mengundurkan kenderaan. Dia sengaja berbuat demikian untuk melanggar lebih ramai orang. Jelas sekali dia memang berniat begitu."

Kumpulan Penjuang Hamas memuji serangan itu namun tidak mengaku mendalangi serangan tersebut. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.