Loading...
Cite Malaya

SAYU : SAYANG MAAF KAN IBU .. ADA SEBAB IBU BUAT MACAM TU (6GAMBAR)

TAMPIN : Seribu kekesalan bermain difikiran ibu muda ini terhadap apa yang dilakukan pada anak lelaki nya yang berusia 3 tahun sehingga diri nya menjadi bahan kemarahan nitizen terhadap diri nya.

Diri nya sanggup meningglkan anak sekecil itu bersendirian dengan tidak berpakaian didalam gelap dan kesejukan, sedangkan dia saat itu pulang kekampung nya menjaga ibu nya yang sakit.

Hanya kemaafan mampu dituturkan wanita ini yang kini ditahan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut kerana melakukan penyiksaan terhadap anak sediri yang disifatkan nitizen amat kejam.

Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang ditemui dalam keadaan bogel dan menyedihkan pagi tadi merupakan anak tidak sah taraf, lapor Berita Harian. 

Ibu kepada mangsa juga berjaya ditahan dan mengaku telah meninggalkan anak bongsunya itu seorang diri di rumah sejak jam 6 petang semalam, sebelum ditemui oleh jiran dan pihak polis pada jam 1 pagi tadi. 




Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan pertama dengan seorang dijaga oleh bekas ibu mentuanya, manakala dua lagi dijaga bersama suami kedua yang bekerja sebagai pemandu lori. 

Mangsa yang merupakan seorang anak yang aktif dan tidak sah taraf itu serta tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara adalah hasil perhubungan wanita itu dengan seorang lelaki warga Indonesia. 

Wanita berkenaan mendakwa terpaksa pergi menguruskan ibunya yang mempunyai masalah mental di FELDA Jelai Satu dekat sini. Mangsa pula terpaksa ditinggalkan kerana kewujudannya tidak diketahui oleh ahli keluarganya
Wanita berkenaan ditahan reman sehingga 9 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. 

Bapa kepada wanita ini sudah memaafkan apa yang telah dilakukan wanita ini dan berjanji akan menjaga cucu nya itu walaupun anak tersebut dari hubungan terlarang anak perempuan nya.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.