Jurucakap bomba memberitahu, mangsa merupakan seorang wanita ditemukan rentung ketika operasi mengangkat muatan cerucuk konkrit dilakukan bagi mengeluarkan pemandu.

“Kren tiba di lokasi kira-kira pukul 1.57 petang dan telah mengangkat sebahagian daripada muatan yang menghempap kepala treler berkenaan.

“Kita mendapati terdapat dua mangsa iaitu Molok Zainal, 52 tahun yang juga pemandu dan seorang wanita.

Mangsa pertama dikeluarkan kira-kira pukul 4.20 petang manakala seorang lagi dikeluarkan kira-kira pukul 4.40 petang. Al fatihah