Dalam kejadian awal Januari di premis The Store Pudu Plaza, mangsa yang bekerja sebagai juruwang dipukau seorang lelaki 'Pak Arab' tanpa sedar.
Menurut kakak kepada mangsa, Ayue Amanda, adiknya baru saja sebulan bekerja di premis tersebut, namun terpaksa membayar kerugian di atas kejadian yang tidak diingini itu.
"Adik saya buat part time di situ, kena pukau dengan pelanggan bangsa Arab. Dari apa yang saya tahu, dia kena ganti RM1,000 yang telah diambil lelaki itu.
"Kejadian itu berlaku kurang dari dua minit. Pak Arab itu pada mulanya nak minta tukar RM100, tetapi tangannya secara tiba-tiba mengambil kesemua wang kertas RM50 di laci menyebabkan adik saya tergamam seketika. Sekelip mata dia masukkan duit RM1,000 dalam poket," katanya.
Posted by Ayue Amanda on Wednesday, 4 January 2017
Berdasarkan video tersebut, suspek dilihat mengambil kesemua wang kertas RM50 dari laci kaunter. Mangsa cuba mengambil semula duit tersebut, namun suspek pantas mengelak dan mengira sejumlah wang itu dengan laju sebelum dikembalikan kepada mangsa yang tidak menyedari suspek telah mengambil sebahagian wang kertas tersebut.
Suspek berpura-pura membeli air minuman dan membuat pembayaran di kaunter mangsa |
Suspek meminta penukaran wang bagi RM100, namun tangannya dengan pantas mengambil kesemua wang RM1,000 di laci kaunter |
Suspek segera mengira wang tersebut dan enggan memulangkannya kepada mangsa |
Suspek pulangkan wang, namun telah mengambil RM1,000 tanpa disedari oleh mangsa |
Mangsa kelihatan keliru dan tidak sempat berbuat apa-apa |
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis bagi tindakan lanjut dan difahamkan suspek juga tinggal berdekatan kerana dilihat sering berkunjung ke kedai tersebut.
Dalam kenyataan yang sama, Ayue kesal dengan tindakan pihak majikan yang meminta adiknya membayar gantirugi RM1,000 tersebut, sedangkan adiknya sendiri tidak meminta kejadian itu berlaku. - The Reporter