7 Januari 2017
Salam admin, tolong hide nama aku. Aku bukanlah nak mengaibkan diri sendiri, tetapi aku terpaksa juga lakukan untuk selamatkan rumah tangga aku. Dalam hal ini memang salah aku 100%, aku bodoh sebab sia-siakan isteri yang baik dan sempurna seperti dia.
Aku tahu dia ada post sesuatu di sini, walaupun aku tak pasti dia atau bukan tetapi aku yakin dengan cara penulisan dia dan kata-kata dia yang sangat jujur. Aku pun tanpa sengaja terbaca bila kawan-kawan aku share. Aku dah sebulan mencari dia. Aku rindukan anak-anak.
Awak, saya tahu awak ada join group Kisah Rumah Tangga ini dan saya pasti yang post itu adalah awak. Di mana pun awak berada pada saat ini, kembalilah. Saya rindu dengan senyuman awak walau hati awak terluka dengan perbuatan saya dan ibu saya.
Awak tak pernah nak tunjuk atau melawan saya. Saya yang bodoh selama ini yang juga mensia-siakan awak. Saya pilih perempuan pilihan ibu sedangkan saya tahu awak pada masa itu memerlukan saya selepas bertarung nyawa nak melahirkan zuriat saya.
Saya ingat awak akan merayu selepas saya ceraikan awak. Tetapi awak diam dan senyum. Saya tak tahu perasaan awak itu macam mana. Tetapi bila awak dah pergi dengan anak-anak, baru saya tahu pentingnya awak dalam hidup saya.
Seorang isteri yang taat, seorang isteri yang tak pernah merungut walau saya jarang bagi awak nafkah. Yang saya terkesan sehingga ke hari ini bila awak gam sendiri selipar sebab awak tak mahu menyusahkan saya. Seorang isteri yang meletakkan Allah paling utama tanpa dendam di hati.
Sayang, tolonglah kembali. Abang merayu sangat, abang tak sedar masa ceraikan awak. Di mana pun awak sekarang, saya harap awak baca luahan saya. Saya minta maaf sangat-sangat, awak. Ampunkan saya. Saya tanya ke pejabat agama, awak masih belum daftar lagi. Jadi awak di mana sayang?
Saya tak kisah jika ada yang kecam, kecamlah. Doakan isteri saya dilembutkan hati untuk kembali.
22 Januari 2017
Salam admin, terima kasih sangat-sangat sebab post kisah saya yang mencari bekas isteri. Alhamdulillah saya dah jumpa dengan bekas isteri tetapi masalahnya dia tidak mahu rujuk semula. Puas juga saya memujuk, tetapi dia masih sama dengan hati keringnya.
Saya ugut macam mana pun dia masih tenang. Saya kadang-kadang terfikir juga, ketika dia masih menjadi isteri saya sampai dah jadi bekas isteri, dia ini ada perasaan atau tidak?
Saya dengan keluarga dah buat macam-macam, dia tak sentap atau naik hantu. Tenang saja. Saya kadang-kadang cemburu dengan ketenangan dia, lagi-lagi sekarang saya tak boleh terima kalau dia dah move on.
Dengar cerita ada yang sudah masuk meminang dia. Saya tak boleh terima, saya masih sayangkan dia. Memang saya tak layak jadi suami dia sebab dia boleh dikatakan isteri soleha taat, kuat agama, baik. Tetapi saya nak mencuba memperbaiki kesalahan diri. Salah ke saya minta peluang?
Saya sentap sangat-sangat bila dapat sms dari dia.
"Cinta awak tak boleh bawa saya ke syurga, Tetapi cinta Allah memberi jaminan syurga,"
Saya rasa terhina betul dengan kata-kata dia. Kadang-kadang saya maki-maki juga tetapi dia tak balas pun.
Saya bodoh kerana melepaskan dia dulu. Sekarang baru saya sedar dialah wanita yang terbaik. Sekarang ramai lelaki yang tunggu dia. Dulu saya ego, mana ada orang yang nak terima bekas orang. Tetapi saya silap. Betul kata dia, saya buang dia macam sampah, orang akan kutip dia macam permata.
Menyesal sangat-sangat dan saya buntu pada masa ini. Tolonglah beri pendapat macam mana nak melembutkan hati dia agar kami dapat bersatu kembali.
Saya harap awak baca.