Loading...
gengsensasi

'Aku perlu dedahkan sebab katerer ini dah melampau sangat!' - Pengadu

  • Brosur pakej gempak, janji bulan bintang, bakal pengantin bayar deposit awal
  • Selepas bayar deposit, tak lama kemudian kata tak ada free delivery
  • Nak minta tambah pax, tak dibenarkan sedangkan majlis 4 bulan lagi
  • Kerusi pengantin sama seperti kerusi tetamu, alasan tiada dalam pakej
  • 9 pramusaji yang dibayar gaji, hilang entah ke mana
  • 1,000 pax tapi hantar air 2 tong. Nasi habis jam 2 + Siap hantar customer untuk food tester



UNTUK PARA PENGANTIN YANG BAKAL MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN

Cerita ini adalah cerita sebulan yang lalu. Bukan aku nak tutup periuk nasi orang atau apa, tapi aku perlu cerita untuk kegunaan semua. 

Makanan/Katerer adalah perkara utama dalam majlis kau. Seboleh-bolehnya, carilah yang betul-betul kenal. 

Aku ambil perkhidmatan katerer Negeri Sembilan. Nampak macam gah sangat katerer ini sebab Sdn Bhd, kan? Tambahan, aku ambil sebab aku kenal dengan bridal yang aku guna dan dia suggest pada aku. Bila aku tengok pakej mereka, nampak macam bagus-bagus saja semuanya. Siap ada free delivery charge. Wow! 

Bila bincang, semuanya nampak okay pada mulanya. Selepas membuat pembayaran deposit awal, tiba-tiba pekerja katerer berkenaan menghubungi aku dan kata, 

"Oh sorry ye, kami nak beritahu yang delivery charge dikenakan RM500 untuk ke Melaka."

Bila ditanya kenapa tiada dinyatakan dalam risalah bahawa free delivery itu hanya untuk dalam Negeri Sembilan sahaja? Dia senyap dan berkali-kali tanya nak teruskan atau tidak. Weh! Deposit aku bayar bukan guna air. Kalau batal, duit burn. Jadi aku pun teruskan. 

Kemudian, bayaran penuh pula perlu dibuat sebelum majlis. Katanya itu memang peraturan dan segala syarat mak nenek yang perlu dipatuh oleh pelanggan. Okey, fine. 

Selepas itu, aku minta penambahan pax. Dia kata, 

"Oh, sorry. Management kata tak boleh tambah."

Walhal, majlis aku masih berbaki empat bulan kalau tak silap. Kenapa tak boleh tambah? Aku bukan minta percuma oi! Okey, fine. Keluarga aku bercadang masak sendiri untuk penambahan pax itu. 

Perbincangan seterusnya, semua nampak indah-indah belaka. Janji bulan bintang siap! 

Dua hari sebelum majlis, mereka datang pasang khemah. Dalam gambar bukan main cantik lagi meja makan beradab itu semua. Tetapi bila realiti di depan mata, kerusi pengantin dia letak yang sama saja seperti kerusi-kerusi tetamu yang lain. Alasan mereka, tiada dalam pakej.

Tetapi kenapa tak jelaskan secara terperinci mengenai perkara itu semasa mereka minta duit? Sebab masa minta duit, mereka nak segala-galanya hebat-hebat, kan? 

Bila tiba majlis, mereka hantar so-called Pramusaji seramai sembilan orang dengan seorang koordinator yang hanya kelihatan pada awal majlis. 

Ketika majlis berlangsung, mana segala tok nenek pramusajinya? Sampai pinggan, cawan apa semua, tuan rumah yang kena bersihkan, angkut segala benda kotor ke tempat cuci. Pekerja mereka yang aku bayar itu pergi ke mana? Yang mereka hantar adalah budak-budak yang kau sendiri tak tahu mereka tingkatan berapa. Kerja pun tak tahu nak buat sampai pengantin dah ada di meja, makanan tak dihidangkan pun. 

Tak cukup dengan itu, majlis untuk 1,000 pax tapi katerer hantar air dua tong sahaja? biar betul? Tak cukup lagi, nasi habis pada jam 2 petang? Tak masuk akal. Nak menipu pun agak-agaklah.

Tak cukup lagi? Mereka hantar pula pelanggan mereka yang lain untuk food tester?! Pergh! Ini sudah melampau! 

Aku perlu dedahkan perkara ini sebab dah melampau sangat. Disebabkan pihak katerer ini: 
  • Aku tak ada langsung gambar dengan keluarga sendiri sebab kelam kabut di belakang menguruskan segala makanan dan sediakan 8 tong air dan nasi yang aku tak tahu berapa periuk mereka masak. Terima kasih kepada keluarga aku yang superb. 
  • Keluarga mertua aku tak mendapat layanan dari tuan rumah sebab mereka semua sibuk. Maaf mak, abah, adik-adik dan keluarga. 
  • Keluarga aku masih lagi bercakap mengenai perkara ini sampai sekarang terutamanya datuk aku. Nenek aku membebel-bebel tentang katerer itu sampai sekarang.

Kepada yang bakal mendirikan rumah tangga, jadikanlah pengalaman saya ini sebagai pengajaran untuk anda. Jangan mudah tertipu dengan katerer seperti ini yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.