Loading...
Cite Malaya

Risau anak kecil batuk lama, cuba petua rawatan buah delima ini (12,062 shares!)



Baru teringat nak kongsi petua ini, memandangkan Salsabila tiba-tiba batuk hari itu. Risau anak batuk lama-lama. Jangan main-main, batuk yang berpanjangan boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Na'uzubillahiminzalik. 

Pernah terbaca juga petua rawat batuk menggunakan madu. Memang ramai yang kata petua menggunakan madu itu berkesan tetapi bayi berusia dua tahun ke bawah tidak digalakkan makan madu. 

Jadi, saya pun carilah alternatif lain. Cari punya cari, terjumpa satu sumber yang cadang gunakan buah delima sebagai pengganti madu. Fungsinya sama seperti madu, bersifat panas dan tergolong dalam kategori makanan yang boleh menghilangkan mukus. 

Memang berkesan! Alhamdulillah batuk anak semakin berkurangan. Dua tiga hari baru perasan yang batuknya sudah tiada langsung. 

Ibu-ibu yang 'over kalut' seperti saya ini, kalau anak batuk atau selsema, bolehlah cuba. 

Tindak balas jus delima ini akan membuatkan hingus cari dan keluar dari hidung anak dan sentiasa meleleh. Jadi, kena sedut selalu dan lendir kahak akan keluar melalui najis bayi. Ini kesan yang saya nampak pada Salsabila. 

Tetapi kalau batuk semakin teruk, sila rujuk anak anda ke doktor. 

Ambillah berapa ulas yang mak-mak suka. Tapi saya ambil sedikit sahaja. Boleh buat minum sekali saja | Foto - Farhany Ami Murad
Picit-picit delima tadi, biar keluar air jusnya. Buang bijinya | Foto - Farhany Ami Murad
Nak senang, guna syringe sahaja memandangkan Salsabila memang suka sangat sedut air guna benda ini | Foto - Farhany Ami Murad 
Sedut jangan tak sedut! Tengoklah, feeling habis hisap jus itu. Bagi minum sehari sekali pun okay dah. Tetapi dia ini, 'hantu buah'. Bagi banyak kali pun tak puas | Foto - Farhany Ami Murad
Tiada ibu yang mahu anaknya sakit, semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak masing-masin. Tetapi demam, batuk dan selsema itu tetap tak boleh nak elak dan perlu dilalui juga. Dari situlah kita dapat pengalaman sebagai seorang ibu. Bila dah lama-lama, dah pro, jadi Supermom gitu! 

Anak anugerah Allah swt. Amanah untuk mak ayah. Usahalah beri yang terbaik untuk anak-anak mengikut kemampuan kita. Semoga memberi manfaat untuk semua. 

*Petua ini hanya untuk kanak-kanak berusia 6 bulan ke atas sahaja

About Cite Malaya

Powered by Blogger.