Loading...
TR

Pelancong pegang telur harimau untuk selfie, dikecam kerana memalukan haiwan itu


Seorang pelancong wanita dikecam kerana memegang telur harimau semata-mata untuk bergambar dalam kejadian yang berlaku pada 26 Ogos lalu di sebuah zoo di Chiang Mai, utara Thailand. 

Gambar yang dirakam Waraschaya Akkarachaiyapas itu menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempat yang mendakwa perbuatannya itu jelas sekali memalukan harimau berkenaan. 

Pihak zoo itu juga menerima tempias kerana didakwa memberi ubat penenang kepada haiwan di zoo agar pelancong boleh mendekati dan merakam gambar kenangan.

"Ini sangat biadab! Harimau tu takkan benarkan kamu sentuh kemaluan dia. Kamu tak ada hak untuk berbuat demikian," kata Phorntip Siracha. 

"Bahaya ni. Kalau harimau tu marah, tak pasal-pasal kamu diserang," kata Kaew. 

Bagaimanapun, Waraschaya tampil mempertahankan dirinya dan mendakwa dia merupakan pencinta haiwan. 

Selepas kejadian itu viral meluas di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan netizen, pengarah zoo berkenaan, Pirom Cahntama berkata, kakitangannya telah diberi latihan yang baik dan mencukupi untuk menjaga pelancong dan harimau. 

Pirom berkata, kakitangannya memantau dengan baik ketika pelancong berada dekat dengan haiwan dalam zoo untuk berselfie bagi memastikan keselamatan pelancong terjamin. 

"Kami tidak benarkan pelancong menyentuh bebola harimau tetapi mereka dibenarkan menyentuh mana-mana bahagian haiwan itu asalkan aktiviti itu dipantau oleh kakitangan kami. 

"Mulai sekarang, kami akan memastikan tiada pelancong yang akan menyentuh kemaluan harimau lagi," katanya. 

Sumber: Daily Mail

About Cite Malaya

Powered by Blogger.