Loading...
Cite Malaya

'Pengalaman menghidap Bell's Palsy inilah yang paling memberikan kesan pada saya' - Liza


Baca pengalaman Liza Semion menghidap Bell's Palsy, tak terbayang kesukaran yang terpaksa dilaluinya. Meskipun boleh disembuhkan dengan rawatan fisio terapi, namun dalam tempoh dua bulan itu juga menyebabkan penghidapnya kurang gemar berdepan dengan kamera dan cermin. 

Bila muka sebelah kanan tidak dapat bergerak, kelopak matanya juga tidak dapat ditutup sehingga menyebabkan Liza terpaksa menggunakan seletop agar kelopak mata kanannya dapat ditutup bagi membolehkannya tidur/lelap. 

"Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya kalau muka saya tak dapat dipulihkan semula. Malu jangan cakap, hilang keyakinan diri terus. Keluar rumah pun pakai topeng untuk cover. Lebih menakutkan lagi bila doktor cakap, jarang orang pulih 100%," tulisnya.  


Selfie pertama selepas doctor sahkan saya Bells Palsy. Bahagian yang terkena Bells palsy ialah sebelah kanan. Bengkak di bawah pipi kanan. Sebenarnya dalam gambar ni saya sedang senyum tapi hanya bibir sebelah kiri bergerak manakala bibir kanan tidak bergerak langsung sebab itu kelihatan herot. Dahi rata je tak boleh kerut langsung.

Ini masa minggu ke-3 selepas terkena Bell's Palsy. First time buka mask muka sebab jadi emcee utk open house Petronas Sipitang. Mmg job ni buat beberapa tahun suda, mau tolak sayang. ambil ja la, tapi punya la risau time tu kalau org perasan muka senget. Tapi part paling susah sebenarnya ialah masa jadi emcee, bila ada bnyak perkataan ko nda dapat sebut.. cthnya macam lapan jadi lafan, basah jadi bashah, empat jadi emfat. Memang betul2 mau menangis time tu sebab telinga terlalu sakit dengar bunyi dari speaker yg terlalu kuat & juga kepayahan sebut perkataan. Dalam hati nekad, balik ni mesti berabis train balik lidah utk betulkan articulation/sebutan.

Ini gambar pertama yg di ambil masa hari pertama terkena Bell's Palsy iaitu 1syawal. Time ni belum perasan lg, snap sampai 5 kali inda juga rasa ngam, sampai bapa cakap, "Sudah tah nak, kepayahan bapa". haha. Time tu saya emosi tgk semua gambar sebab mata lain sebelah & nampak pelik. Dengan konfidennya time tu buat kesimpulan, ni makeup mata problem, eyeshadow lain sebelah 
Meskipun doktor tidak memberi jaminan untuk pulih 100%, namun Liza tetap berusaha untuk memulihkan semula muka kanannya. Pelbagai kaedah rawatan yang dicuba termasuklah rawatan kampung dan akupuntur. Selain itu, ahli keluarganya juga banyak membantu dan memberikan sokongan.


Hari pertama try Acupunture. Saya try acupunture selepas 2 mnggu, iaitu selepas ubat dari hospital habis. Oh begitulah keadaan mata saya tak dapat tutup sepenuhnya. sebelum tidur, kena letak kapas, dan selotepkan, huhu. mata mmg sakit pedih sebab tak berkelip. kena kerap titik ubat kat mata sbb nak kurangkan merah sebab kering & elakkan jangkitan.

Time ni buat rawatan Akupuntur hari ke4 di Tung Shin Hospital. Tabib atau Dr yg merawat ni mmg dari China, sekali rawatan dlm RM35, buat selama 7 hari berturut, sekali cucuk tu dalam setengah jam, nda buli bergerak ok sebab kaki & tangan mcm kena locked oleh jarum. sambil ada juga ubat herba makan selama smnggu. kalau ada yg tanya, sakit ka? soalan bonus ba tu, confirm la sakit, lebih dari 20 jarum tu d muka

Ni treament acupunture kali ke7 & last saya pegi, jarum tu makin lama makin banyak ok. Dalam masa yg sama, saya juga makan ubat herba selama semnggu dari tabib Cun dari China tu. Rasa herba tu punya la ngeri tapi mau baik punya pasal, telan saja la labu

Treatment eletrical stimulation atau bahasa mudahnya kasi karan muka lepas tu massage muka. Bukan sembarang urut ok,ada teknik yg betul, kalau salah silap2 muka tambah jatuh. boleh tgk d Youtube. Sesi physio ni di gleaneagles hospital lepas jumpa Neurology disana.

Satu2 nya gamba raya yg saya uplod. Gambar ni selepas doc confirmkan saya Bells Palsy, (Pada yg btnya time tu betnya asal pelik sgt pose ko liza.. inilah jawpaan)

Hari ke6, balik ke kl lepas raya. time tu rasa mau menyorok dalam luggage wpun pki mask. Agak lama saya berselindung pakai mask, sbb hilang keyakinan diri. Kalau org tanya, saya pura2 cakap saya demam sambil berlakon batuk2

Hampir sebulan selepas kena Bells Palsy. Rambut sebelah kanan tu sengaja biarkan terjuntai sebab utk cover muka & bengkak. Snap gambar ni kononnya nak uplod, tapi tgk muka senget terus cancel
Dua bulan kemudian setelah menjalani pelbagai rawatan, akhirnya Liza pulih seperti sediakala. Namun, adakalanya dia terasa kening sebelah kanannya senget. Tetapi rakan-rakannya berkata, "Itu hanya perasaan kamu sahaja."


Ini my latest picture. saya rasa macam nda semetri suda, tapi nda apa la, saya terima seadaanya. Solutionnya senyumlah tayang gigi utk cover semuanya
Menurut Liza, antara punca Bell's Palsy adalah jangkitan pada telinga, virus demam, tekanan, aircond dan lain-lain. Bell's Palsy juga boleh menyerang mangsanya di pelbagai peringkat umur, malah boleh terjadi berulang kali. 

Nasihatnya, jika seseorang itu menghidap Bell's Palsy, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Jika dibiarkan, 'lumpuh' yang dialami itu mungkin akan jadi berkekalan. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.