gengsensasi

5 perkara yang anda perlu buat bila masuk rumah baru

loading...
loading...
Gambar hiasan | Google Images
Amalan semasa berpindah ke rumah baru, sama ada rumah sewa yang sudah lama ditinggalkan kosong atau rumah baru siap. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua. 

1. AZAN 

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu bahawa, sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu sudah terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni), ia akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. 

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

"Janganlah kamu menjadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah," 

Selalunya bila kita masuk ke rumah baru, kita hanya membaca Yassin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru. 

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud:

"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)


4. BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH & AL-IKHLAS

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali. 

5. PAGAR RUMAH SECARA ISLAM

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantungkan sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. 

Bagaimanapun, ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. 

Ikut panduan berikut: 

Ambil air, kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan sehingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut di setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. - Islam Itu Indah
loading...
loading...
loading...
loading...

About Media Cita Panas

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close