Loading...
gengsensasi

Najib ingatkan penjawat awam, jangan ambil hak rakyat


PUTRAJAYA - Penahanan pegawai tinggi kerajaan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini adalah peringatan kepada penjawat awam bahawa mereka tidak sepatutnya mengambil hak rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini. 

SPRM minggu lalu telah menahan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan dua anaknya dalam satu siasatan berhubung kes rasuah. 

"Tindakan yang diambil oleh SPRM baru-baru ini mengingatkan pada kita agar jangan mengambil hak rakyat. Ini rakyat punya. 

"Jangan ambil hak rakyat sebab kita buat peruntukkan, program disediakan segala-galanya, bajet untuk rakyat. Kalau berlaku ketirisan, rakyat akan hampa dan hilang keyakinan," katanya ketika menyampaikan amanat pertama tahun ini dalam Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.