Salam warga KRT, hide profile saya ye. Saya cuma nak meluahkan apa yang terjadi pada diri saya dan isteri-isteri di luar sana.
Saya faham kalau suami sekarang lebihkan handphone dari isteri. Kadang-kadang isteri di depan mata, isteri pakai lawa-lawa, wangi-wangi di depannya, dia pula sibuk dengan handphone.
Selepas itu, bila bercakap dengan isteri, guna nada kasar. Tetapi bila dengan orang lain, cakap bukan main lembut lagi, manja saja bunyinya.
Pelik, kenapa suami zaman sekarang tak suka melayan isteri mereka baik-baik. Kadang-kadang, bila isteri tag di Facebook suami, suami pula buat-buat tak layan. Bila perempuan lain punya status atau gambar, bukan main laju lagi suami komen dan puji cantiklah, apalah semua.
Bila fikir, suami ini memang tak pernah puas agaknya. Apa yang mereka nak ye?
Kasihanlah sedikit pada isteri. Saya sendiri ada suami yang suka komen-komen, cakap manja-manja dengan perempuan lain di laman sosial. Bila tanya, dia cakap saja-saja nak bergurau. Sikit pun tak nak jaga isteri dia. Selepas itu, tahu nak marah atau komplain isteri dia macam-macam.
Nasihat saya pada para-para suami di luar sana, cerminlah diri awak semua. Jagalah hati isteri awak kalau awak nak rezeki awak luas, hidup awak aman sebab isteri ini punca rezeki awak. Hee! - KRT | The Reporter