gengsensasi

DOSA TANPA SENGAJA

loading...
loading...

dunia dah maju.hukum2 islam turut berkembang.daripada benda2 kecil sampai la benda2 wajib,islam kontemporari orang kata.kita kena tahu sedikit sebanyak hukum dia.bab2 wajib tu pandai2 lah tapi hukum2 yang baru,adalah tanggungjawab orang yang mengetahuinya untuk sebarkan kepada semua.aku bukan la pandai sangat bab2 agama.tapi cuma nak laksanakan tanggungjawab aku.
zaman sekarang,internet dah laju nak dibandingkan dengan zaman dulu.tengok video pon buffer 10 min.masa aku sekolah dulu,sempat buat kerja sekolah lagi sebelum tengok video2 online.sekarang,streaming dan download tu tak de hal lah.duk lepak kedai mamak,sempat lagi download 1 movie.yang peminat bola,streaming match bola live daripada illegal website dan page2 fb yang ada live match tu.tak hd pon tak pe asalkan nampak bola bergolek.yang peminat drama & movie,boleh download torrent ataupon kat illegal website mana2 aku pon tak tahu asalkan dapat tengok lee min ho kesayangan.yang minat lagu,boleh download album terus nak banding dengan dulu kena beli cd & kaset.kalau nak edit video atau edit gambar,download je software2 yang siap dengan crack,guna software tu buat bisnes wedding photography dan lain2.mudahkan?
tapi pernah tak korang cek hukum piracy ni?hukumnya adalah haram.yes haram.aku tak niat nak potong stim ataupon jumud ke apa.tapi benda haram kena lah tegur.boleh nak tengok movie & drama,tengok bola,dengar lagu dan guna software2 tapi biarlah cara nak dapatkannya halal.
ala buat apa susah2 pergi tengok wayang,download je
stadium ramai orang lah,baik aku stream kat rumah je
album mahal sangat la,piratebay free je
download je la software2 ni,boleh potong budget niaga
nak jatuhkan orang kafir,kena lumpuhkan ekonomi dia hehe
rata2 kawan aku bagi alasan ni tiap kali aku tegur diorang.serius mahupun bergurau,aku tak kesah.cuma terkesan la dekat umat zaman sekarang.berbulu dalam memilih hukum.masalah babi & anjing laju je bising haha.hukum berhibur adalah harus melainkan ada benda yang mengharamkannya.aku tak mintak sekat pon hiburan,aku pon suka.tapi biar kena cara.
habistu nak buat macamana?aku ada suggestion sikit la.aku pon macam korang,nak seronok2 tapi duit tak de.tak nak ikut pon tak pe sekadar nak bagi alternatif lain.nak tengok movie,pergi je wayang.tak haram pon duk dalam cinema tu dan lagi murah daripada beli cd ori.nak tengok bola kat rumah,subscribe channel2 bola yang ada legal live match kalau malas sangat nak pergi stadium.nak tengok drama korea,subscribe channel2 korea hd,boleh tengok dengan lebih jelas artis2 tu ade jerawat ke tak.nak dengar lagu,youtube pon dah cukup sebab youtube jaga hakcipta syarikat2 yang upload lagu dia kat dalam tu.nak guna software,ada je software yang free dan open source setanding dengan software2 yang ternama.tak ada duit bukan bermakna boleh download dan stream online.ayat klise yang biasa kita dengar, matlamat tak menghalalkan cara.
muslim prihatin
Sumber & Kredit: iiumc


via Bin Usrah
loading...
loading...
loading...
loading...

About Media Cita Panas

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close