Loading...
Cite Malaya

Disebalik Kisah Nafas Terakhir di Bumi Anbia Madinah Al Munawwarah!

Nafas Terakhir di Bumi Anbia Madinah Al Munawwarah!| Hajat Adik Ramadan untuk menunaikan umrah di hujung usianya akhirnya tercapai dengan mendapat tajaan dari Menteri Besar Terengganu bersama ibu beliau. Adik Ramadan merupakan pesakit Leukimia tahap 4 yang benar-benar berhajat untuk menunaikan umrah yang telah disiarkan oleh Berita Harian bulan lepas. Muhammad Ramadan, 20, menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Madinah selepas dimasukkan ke wad pada petang semalam kerana mengalami pendarahan.
Baru sahaja MB Terengganu Dato Seri Ahmad Razif menghantar Adik Ramadan pada 17 Januari 2017 yang lalu, dibawah adalah screen shot daripada FB rasmi Dato Razif.
Dan berikut kenyataan daripada Luqman (Abang kpd Allahyarham Ramadan);
“Ibu memaklumkan adik mengalami pendarahan di bahagian mulut dan telinga itu berada dalam keadaan tenat dan tidak boleh bercakap.
“Ibu juga mengatakan dia sangat sedih apabila Muhammad Ramadan sudah tidak mengenali sesiapa sebelum dikejarkan ke di sana (hospital).
“Bagaimanapun, pagi ini ibu menghubungi saya dan memaklumkan Muhammad Ramadan meninggal dunia dan jenazah adik akan dikebumikan di sana,” katanya.
Doktor memberitahu bahawa Adik Ramadan hanya akan mempunyai jangka hayat selama 4 bulan kerana mengidap penyakit Leukimia Tahap 4 ini. Di bawah adalah screenshot dari FB Rasmi MB Terengganu mengkhabarkan pemergian adik Ramadan. Sungguh sedih & memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Walaupun sedih, InsyaAllah Syurga buat adik Ramadan. Kita yang masih hidup ini bagaimana pula?adakah kita sudah bersedia? Tepuk dada tanya iman. Al-Fatihah. Semoga adik Ramadan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: FB Ahmad Razif Abd Rahman, Mynewshub.
The post Disebalik Kisah Nafas Terakhir di Bumi Anbia Madinah Al Munawwarah! appeared first on KISAH BENARKU.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.