Loading...
gengsensasi

'Beruk' mana yang tikam batu ni?


SHAH ALAM, SELANGOR - Sebuah kereta nyaris terbabas gara-gara tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membaling batu ke di lebuhraya South Klang Valley Expressway (SKVE), Ahad lalu. 

Dalam kejadian jam 5.32 petang itu, Zulkifly Hassan yang dalam perjalanan ke destinasinya terkejut apabila sebongkah batu bata yang dibaling dari atas nyaris terkena kenderaannya. 

Kejadian itu juga berjaya dirakam 'dash cam' Zulkifly dan dimuat naik ke laman Facebook, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 



"Minta perhatian kepada mereka-mereka yang suka baling batu di lebuhraya yang saya nak samakan macam beruk, agar hentikanlah perangai kamu yang sia-sia itu. 

"Kamu rasa seronok ke jika ada pengguna lebuhraya yang mata gara-gara kerja gila kamu? Bayangkan kalau kenderaan yang penuh dengan ahli keluarga terkena batu tersebut, terkejut lalu tidak dapat mengawal kenderaan mereka, lalu terbalik dan... Na'uzubillaah," katanya. 


Posted by Zulkifly Hassan on Sunday, 22 January 2017

Ekoran kejadian itu, Zulkifly membuat aduan kepada pihak pengendali lebuhraya SKVE untuk siasatan dan tindakan lanjut agar keselamatan pengguna lebuhraya terjamin. 

Zulkifly juga menasihatkan para pengguna lebuhraya SKVE dari exit Bandar Saujana Putra ke exit Teluk Panglima Garang atau sebaliknya berhati-hati atau memperlahankan kenderaan apabila menghampiri setiap jejantas. 

SKVE dalam kenyataan awalnya memohon maaf di atas kejadian yang berlaku dan telah mengambil maklum mengenainya. 

"Siasatan sedang dijalankan. Pada waktu sekarang, pemantauan yang lebih kerap dilakukan untuk mengelakkan perkara sama berulang," tulis SKVE dari laman Facebooknya. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.