Berhenti hina ibu saya, delete atau saya ambil tindakan - Anak

loading...

KUALA LUMPUR - "Saya mohon anda semua buang gambar itu segera atau saya akan ambil tindakan lanjut," demikian kata seorang wanita yang kesal gambar ibunya dihina netizen hanya kerana sekeping gambar bersama Coco. 

Eyqa Suffi kesal dengan tindakan sebuah laman Facebook memuat naik gambar ibunya bersama Coco dalam majlis perkahwinannya baru-baru ini.

"Tolong hormat ibu orang lain sama seperti awak semua menghormati ibu sendiri. B******** N***, apa tujuan awak memuat naik gambar ibu saya dan Coco? Nak bagi orang hina/maki ke? 

"Cukuplah semua ini. Saya bagi masa sampai esok untuk buang gambar-gambar berkenaan. 

"Apa perasaan awak semua kalau ibu sendiri kena bash padahal langsung tak ada kena mengena pun? Awak nak bengang dengan Coco ke apa, nasiblah. Soal ibu bapa, jangan dibuat main-main. Panas pula saya malam ini," katanya. 



Salah seorang anak mangsa juga cuba meminta pihak berkenaan membuang gambar tersebut berikutan ramai yang salah faham kononnya wanita bertudung ungu itu adalah ibu kepada Coco. 

"Saya mohon pihak B******** N*** buang post ini. Ini ibu saya dan bukan ibu Coco. Ibu dia memakaian pakaian berwarna coklat. 


"Ibu saya cuma temankan ibu Coco sahaja. Janganlah kutuk siapa-siapa sama ada ibu saya mahupun ibu dia," kata Airell Rezell. - The Reporter

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close