Loading...
gengsensasi

'Alhamdulillah, kurang dari setahun baru nampak muka manusia'


Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, semoga bermanfaat buat semua. InshaAllah. Sebelum itu, nak beritahu yang muka selepas itu memang muka yang tak di-edit langsung. Bukan guna kamera selfie. Harap tiada yang mempertikaikan.  

Untuk masalah muka. Mungkin segelintir daripada kita pernah mengalami masalah ini kan? Kalau gemuk, nak kurus ubatnya diet. Tetapi kalau muka berjerawat, cuba banyak-banyak produk pun belum tentu sesuai, kan? 

Muka saya mula naik jerawat semasa berumur 15 tahun. Masalah ini berlarutan sehingga saya berumur 21 tahun. Dalam tempoh itu, bohonglah tak ada yang komplen, kan? Nak kata dalam keluarga, mungkin muka sayalah yang paling menggerutu. Hehe! Percayalah, tiada seorang pun yang dambakan kulit muka seperti ini. Banyak usaha yang saya lakukan termasuk facial treatment, berbekam, berjumpa dengan doktor pakar dan satu lagi, saya bukan jenis yang suka menjadi bahan ujikaji  banyak produk. Nak-nak lagi produk yang muka putih, tangan hitam. 

Jadi, benda yang saya selalu calit di muka ialah madu, tepung ubi, serbuk kayu manis dan minyak gamat. Pencuci muka banyak sangat dah dicuba. Garnier, Eversoft, Hada Labo, Clean n Clear dan seangkatannya. Masa itu fikir, kononnya muka boleh jadi licin kalau guna jenama yang famous. Dan hasilnya? Ternyata tidak membuahkan hasil. Muka masih lagi naik jerawat.

Akhirnya dah fedup, lantaklah nak naik ke, nak turun ke, makin jaga maki teruk pula jadinya. Sehinggalah satu hari bila scroll Facebook dan terjumpalah satu post dari seorang hamba Allah ini yang bercerita bagaimana dia boleh merawat kulitnya. Dan secara jujurnya, muka dia tiga kali ganda lebih teruk dari saya. 

Dalam post itu, dia senaraikan produk yang dia gunakan untuk merawat kulit wajahnya dan testimoninya sangat 'wow!' dan dia bukan peniaga produk yang berjaya, dia cuma pengguna yang tak lokek nak share ilmu. Sebab itu saya tertarik untuk screenshot post dia. 


Keesokkan harinya saya terus ke farmasi untuk mencari benda-benda ini. Alhamdulillah, kurang dari setahun, baru nampak muka manusia. Tak hairanlah dulu ramai yang asyik pertikaikan. Setelah mengharungi onak duri, benda-benda ini juga penyelamat saya. Dulu pandang tak nak, tapi bila dah cuba, terus jatuh cinta.

Baiklah, untuk pencuci muka, saya gunakan Safi Gamat. Selalunya saya akan cuci muka tiga kali sehari termasuk selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Nampak tak? Dulu sombong tak mahu guna produk tempatan. Tup-tup, Safi jugalah yang banyak berjasa. Menyesal betul. Kalau scrub Safi, saya cuma akan gunakan setiap hujung minggu. Selepas guna scrub, saya akan terus guna toner Safi. Fungsinya untuk menutup liang pori dan menyegarkan muka.

Dan yang saya memang takkan menyesal sampai sekarang ialah Dalacin T. Benda ini benda yang terbaik yang pernah saya cuba. Untuk manusia yang tercari-cari produk apa yang sesuai untuk menghilangkan jerawat kecil yang bila dipicit, keluar ala-ala ulat itu, inilah yang paling sesuai untuk anda. Dalacin T ini hanya ada di farmasi sahaja ya, sebab ini produk farmasi. Harganya RM35-RM55. Harga yang saya dapat di Tanjong Malim ini, RM50. Kecil tetapi berbisa. 

Tak perlu fikir membazir ke apa sebab sebotol ini boleh tahan untuk setahun lebih. Cara menggunakan Dalacin T, guna setiap kali sebelum anda pakai bedak. Dan kebiasaannya saya akan pakai sebelum ke kelas. 

Jerawat besar naik, letak saja benda ini. Tak sampai seminggu, lesap sekali dengan parut. Kalau tak percaya, boleh tanya Encik Google dan tengok review orang-orang yang sudah mencuba benda ini. Tak lupa juga air masak yang sangat membantu ini. Air masak penting ya. Minum air masak banyak-banyak, tak payah nak beli produk untuk glowingkan muka sebab air masak dah cukup buat muka jadi glowing. 

Saya tak pernah pakai sebarang produk untuk menghilangkan parut. Kalau dulu di hidung inilah yang paling parah. Whitehead, blackhead dan segala keturunan head pun ada. Tetapi selepas menggunakan semua ini, dah tak ada masalah ini lagi. 

Seperkara lagi, untuk sesiapa yang gemar menggunakan krim foundation, saya sarankan anda cuba OFD (Oxygen Doll Foundation). Dengar kata sekarang ini dah ada pack kecil untuk yang baru nak mencubanya. Benda ini rawat muka sekali, tak perlu risau tentang pori tersumbat. Yang pasti bukan cantik masa guna sahaja, bangun dari tidur, muka serabai pun housemate puji muka glowing. Memang kulit muka jadi semakin cantik. Betul-betul merawat kulit. 

Jangan salah faham, saya bukan peniaga nak melariskan jualan, saya cuma ingin berkongsi apa yang saya rasa perlu. Dan terima kasih sebab sudi membaca post saya yang panjang lebar. Dengan lafaz Bismillah semoga ianya bermanfaat. Terima Kasih dan harap post ni menjawab segala persoalan dari pihak yang PM saya.  - Nik Yam Chik Zainab | The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.