Loading...
gengsensasi

'Tolong basuh buah-buahan yang dibeli sebelum makan' - Jo


Ibu saudara saya mendapat sekotak buah limau mandarin dan mengambil beberapa buah untuk direndam dalam air. Kemudian, dia meminta saya menghidu bau airnya. Katanya ada bau sulfur. 

Saya ragu-ragu dengan dakwaannya itu. Kenapa pula ada bau sulfur? Sekali lagi saya mendekatkan wajah ke saya dalam rendaman tersebut dan menarik nafas panjang. 

Pada mulanya tiada bau, tetapi dihujung nafas, bau sulfur itu menerjah hidung saya. Sangat kuat baunya.

Saya terkejut, kenapa pihak pembekal limau ini menggunakan sulfur pada buah limau? Berapa banyak sulfur yang digunakan sehingga menyebabkan takungan air dalam mangkuk kuat bau sulfurnya? 

Jadi, saya pulang ke rumah dan mencubanya sendiri pada beberapa buah limau mandarin. Tiada bau, tiada bau limau, tiada bau sulfur atau bau bahan kimia yang lain. Tetapi selepas dihidu, saya terbatuk. Lapan biji limau saya hidu, setiap satunya membuatkan saya terbatuk.

Hairan, tiada bau tetapi ada sesuatu yang menganggu tekak saya. Lalu saya rendamkan kesemuanya dalam air. Selepas 30 minit, bau sulfur mula timbul. Saya buang airnya dan merendam semula buah-buah limau itu dalam air rendaman yang dicampur dengan cecair pencuci sayur-sayuran. 

Selepas 45 minit, keluarkan dan bilas. Bau bahan kimia itu kini lebih kuat. Ada yang berbau sulfur dan ada yang berbau cecair pencuci sayur tadi sebab saya rendam terlalu lama. Saya gosok sebiji demi sebiji dengan cecair pencuci pinggan dan rendam semula dalam air bersih. 

Kemudian, airnya bersih dan tiada bau tetapi ada beberapa biji buah limau itu masih berbau sulfur. Langsung tak berkurangan. Bau cecair pencuci sayur pun dah hampir hilang. Saya dah tak tahu macam mana lagi nak buang bau sulfur itu. 

Selepas menghidu bau limau ini (selepas dicuci), saya rasa bahan kimia tersebut telah melekat di tekak saya. 

Jadi, tolong basuh buah-buahan yang anda beli sebelum makan! Walaupun kulitnya tidak dimakan, selepas anda kupas kulit buah itu, sudah tentu sulfur itu melekat di jari jemari dan anda akan menyentuh buah-buahan yang telah dikupas itu tadi. 

Saya juga menemui maklumat penggunaan bahan kimia sulfur dalam buah-buahan yang digunakan untuk menghalang pembiakan bakteria, mereput dengan lebih cepat dan beberapa lagi tujuan-tujuan yang lain. 

Sumber dari Raw Guru
Sulfur juga boleh menyebabkan paru-paru bermasalah, darah tercemar, kulit gatal, asma dan lain-lain lagi kesan sampingan yang berbahaya pada manusia. 

Maklumkan kepada rakan-rakan anda. Buah limau yang saya beli ini adalah jenama Yong Chun. Belum cuba lagi jenama-jenama yang lain. Apa yang pasti, saya tak nak makan limau ini lagi. - Jo Teoh | The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.